• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahkamah Rayuan Kekalkan Pembebasan Pembantu Rumah Indonesia

oleh Ahmad Albab
25/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan pembebasan pembantu rumah Indonesia daripada pertuduhan membunuh majikannya di Kelantan, lima tahun lepas.

Panel tiga hakim dipengerusikan Hakim Datuk Aziah Ali membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan menarik balik rayuannya terhadap pembebasan Wilfrida Soik, 24, daripada pertuduhan membunuh Yeap Seok Pen di sebuah rumah di Kampung Lubok Tapah, Pasir Mas, antara 11 pagi dan 12.30 tengah hari pada 7 Dis 2010.

Mahkamah juga mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kota Baharu yang mengarahkan Wilfrida dihantar ke Hospital Permai, Johor bagi menjalani penilaian mental dan ditahan di hospital itu bagi tempoh mengikut perkenan Sultan Kelantan.

Peguam mewakili Wilfrida, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memaklumkan mahkamah bahawa anak guamnya kini ditahan di Hospital Permai.

Mahkamah dengan itu mengetepikan rayuan itu. Wilfrida kelihatan tenang semasa mahkamah menyampaikan keputusan itu.

Dua lagi hakim yang bersidang ialah Datuk Ahmadi Asnawi dan Vernon Ong Lam Kiat. Pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Mukhzany Fariz Mohd Mokhtar.

Pada 7 April tahun lepas, Mahkamah Tinggi membebaskan Wilfrida daripada pertuduhan membunuh selepas mendapati dia mengalami gangguan mental semasa kejadian itu.

Sebanyak 26 saksi pihak pendakwaan dan tujuh saksi pihak pembelaan memberikan keterangan sepanjang perbicaraan.

Di luar mahkamah, Muhammad Shafee memberitahu pemberita, pihak pembelaan akan memfailkan petisyen bagi memohon perkenan Sultan Kelantan supaya anak guamnya dibebaskan dan dihantar pulang ke Indonesia.

“Berdasarkan laporan mental, harapan Wilfrida untuk dibebaskan amat cerah sekali,” kata Muhammad Shafee.

Calon pilihan raya presiden Indonesia 2014, Prabowo Subianto, daripada Partai Gerakan Indonesia Raya, yang turut hadir merakamkan penghargaan kepada Muhammad Shafee. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=W-22J4aJjgQ

Tags: amahkes mahkamah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Akim Kecewa Tindakan Perakam Video Stacy Sedang Mengucap

Next Post

PM Umum Jawatankuasa Khas Ekonomi Dibentuk

Related Posts

Amah Cedera Dipukul Dengan Tukul, Seterika Panas

Amah Cedera Dipukul Dengan Tukul, Seterika Panas

21/10/2024
0

Ampang : Dipukul dengan tukul, pengepit besi dan seterika panas sehingga cedera di tangan serta kaki. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI...

JIPS Siasat Tindakan Juruiring Tahan Kenderaan Berat Secara Tiba-tiba

Penggangur Didakwa Tipu RM8,000 Konon Boleh Bantu Selesai Kes Mahkamah

26/02/2024
0

Butterworth: Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dua pertuduhan memperdaya seorang lelaki menyerahkan RM8,000 bagi...

Next Post

PM Umum Jawatankuasa Khas Ekonomi Dibentuk

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd