• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Low Yat 2’ Beri Imej Baharu Kepada Pusat Telekomunikasi

oleh Ahmad Albab
18/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Cadangan penubuhan ‘Low Yat 2’ akan menonjolkan imej baharu kepada pusat jualan peralatan telekomunikasi kerana ia menjadi kawasan menjual barangan tulen sahaja, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hamzah Zainuddin.

Katanya imej ‘Low Yat’ agak negatif kebelakangan ini kerana setiap kali pemeriksaan dijalankan di Plaza Low Yat, pasti ada barangan tiruan dikesan dan peniaga dikompaun.

“Untuk memulihkan imej Low Yat mungkin memakan masa, jadi kita wujudkan tempat baharu dengan imej baharu,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan pertama kementeriannya sejak dilantik sebagai menteri di sini hari ini.

Hamzah berkata kawasan baharu itu juga berpotensi dibangunkan seperti Akihabara iaitu pusat barangan elektronik dan telekomunikasi yang terkenal di bandaraya Tokyo, Jepun dalam jangka masa panjang.

“Kawasan baharu ini bukan untuk kepentingan Bumiputera semata-mata. Jangan namakannya sebagai Low Yat 2 dan sebagainya.

“Apa yang penting tempat baharu ini mempunyai imej baharu dan pengguna mempunyai keyakinan bahawa mereka tidak tertipu kerana tidak ada produk tiruan yang dijual di tempat itu,” katanya.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini mencadangkan sebuah ruang jualan produk komputer, dan alatan telekomunikasi khusus diwujudkan untuk peniaga Melayu dan Bumiputera atas platform Majlis Amanah Rakyat (Mara).

Dalam amanatnya pada perhimpunan bulanan itu sebelum itu, Hamzah berkata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) perlu menjadi ‘the champion ministry’ dalam menjaga kepentingan pengguna dan meningkatkan ekonomi negara.

“Perlu ada perkara baharu yang kreatif dan inovatif yang oleh KPDNKK,” katanya. – BERNAMA

Tags: low yat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Jaga PerantiSiswa, Jangan Jual Di Low Yat’

‘Jaga PerantiSiswa, Jangan Jual Di Low Yat’

03/09/2022
0

SHAH ALAM - Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa menasihatkan mahasiswa yang menerima PerantiSiswa agar menjaga sebaiknya tablet...

Curi Telefon Di Low Yat: Shahrul Anuar Diperintah Bela Diri

18/03/2016
0

KUALA LUMPUR - Mahkamah Majistret hari ini memerintahkan penganggur Shahrul Anuar Abdul Aziz membela diri terhadap pertuduhan mencuri telefon bimbit...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd