• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 7, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lim Guan Eng Menang Saman Fitnah Ke Atas Portal FMT

oleh AK-47
05/08/2015
dalam Politik
44
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan Penasihat Penang Citizens Awareness Chant Group (Chant) Lim Cheok Siang serta dua lagi membayar ganti rugi RM300,000 kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng kerana memfitnahnya dalam satu artikel berhubung status warisan dunia dan Kampung Buah Pala.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Nordin Hassan turut memerintahkan Penasihat itu yang lebih dikenali sebagai sebagai Jimmy Lim selaku defendan pertama serta  Mtoday News Sdn Bhd (defendan kedua) dan wartawan S. Karunakara, yang juga dikenali sebagai Athi Shankar (defendan ketiga) membayar kos sebanyak RM30,000 kepada Lim berserta faedah sebanyak lima peratus.

Nordin turut memerintahkan defendan kedua dan ketiga menarik balik artikel itu yang disiarkan dalam laman web Free Malaysia Today.

Dalam penghakimannya, Nordin berkata Lim yang juga Anggota Parlimen Bagan selaku plaintif berjaya membuktikan kesnya terhadap ketiga-tiga defendan berkenaan.

Beliau berkata kenyataan-kenyataan yang disiarkan dalam artikel bertarikh 6
Dis 2013 jelas menunjukkan fitnah terhadap plaintif.

“Artikel yang disiarkan pada tarikh 6 Dis 2013 itu jelas membuktikan kenyataan yang telah menuduh plaintif dan ia jelas merendahkan kredibiliti plaintif (Lim) pada masyarakat,” katanya.

Nordin berkata defendan juga gagal untuk membuktikan kenyataan yang dikeluarkan dan diterbitkan mereka itu berunsur fitnah.

“Berhubung pembelaan defendan kedua dan ketiga mengenai perlindungan bersyarat, mahkamah mendapati ia tidak terpakai kerana defendan kedua dan ketiga tidak mengesahkan apa yang dikatakan (apa yang ingin dilaporkan) terlebih dahulu terhadap plaintif sebelum artikel tersebut disiarkan,” katanya.

Pada Januari tahun lepas, Lim memfailkan saman dengan mendakwa defendan pertama membuat satu kenyataan dalam sidang akhbar pada 6 Dis 2013, yang bersifat mengelirukan serta berniat jahat dan berbaur fitnah terhadapnya.

Dalam kenyataan tuntutannya, Lim mendakwa Mtoday News Sdn Bhd dan Athi Shankar secara sengaja, tidak betul dan berniat jahat menyebabkan tersiarnya  artikel bertajuk “Guan Eng has failed, says NGO”.

Plaintif itu mendakwa artikel berkenaan, yang tersiar dalam laman sesawang Free Malaysia Today pada hari sama, menggambarkan beliau sebagai ketua menteri yang tidak berkaliber kerana cuba memusnahkan status warisan dunia yang diberi kepada Pulau Pinang.

Lim yang diwakili peguam Datuk N. Mureli mendakwa artikel itu juga menggambarkan beliau sebagai seorang pemimpin atau individu yang tidak mempedulikan kebajikan masyarakat India tempatan apabila membiarkan Kampung Buah Pala dimusnahkan.

Beliau menuntut ganti rugi am, teruk dan teladan serta perintah agar defendan menarik balik artikel berkenaan serta memohon maaf di samping faedah, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Sementara itu, peguam Baljit Singh yang mewakili Jimmy ketika ditemui pemberita di luar mahkamah berkata pihaknya akan memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan dalam masa terdekat.

Jimmy pula menerusi kenyataan akhbar yang diedarkan kepada media berkata keputusan ini tidak menjejaskan usaha dan semangat mereka ke arah memelihara warisan sejarah, kebudayaan dan alam sekitar negeri ini.- BERNAMA

Tags: Lim Guan EngPortalsaman
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Video: Aksi Muhyiddin Menari Bersama Cucu Curi Perhatian

Next Post

Assalamualaikum… Pakcik Cari Siapa?

Related Posts

Mahkamah Tinggi Tolak Permohonan Petronas Tangguh Saman Petros

Mahkamah Tinggi Tolak Permohonan Petronas Tangguh Saman Petros

28/04/2025
0

KUCHING: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, menolak permohonan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) untuk menangguhkan prosiding saman pemula Petroleum Sarawak...

1MDB Saman Amicorp Group, Tuntut Lebih AS$1 Bilion

1MDB Saman Amicorp Group, Tuntut Lebih AS$1 Bilion

23/12/2024
0

SINGAPURA: 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menyaman syarikat penyedia perkhidmatan korporat, Amicorp Group dan Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO), Toine Knipping membabitkan...

Next Post

Assalamualaikum... Pakcik Cari Siapa?

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd