• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Letupan Di Bangkok Bukan Angkara Puak Pemisah Selatan

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LETUPAN bom terburuk di ibu kota Thailand, Bangkok yang meragut lebih 20 nyawa semalam, dipercayai bukan angkara puak pemisah selatan Thai, ujar ketua tentera negara ‘gajah putih’ tersebut.

Walau bagaimanapun akhbar-akhbar tempatan melaporkan, sehingga kini, pihak berkuasa masih lagi belum mendedahkan mana-mana kumpulan yang disyaki terlibat dalam insiden tragis berkenaan.

Memetik kenyataan dari Ketua Tentera Diraja Thailand, Jeneral Udemdej Sitabutr dalam satu temubual, beliau berkata, “Insiden ini tidak sepadan dengan apa yang berlaku di selatan Thailand.

“Malah ini dapat dilihat jelas kerana jenis bom yang diletupkan itu juga langsung tidak terdapat di selatan negara ini digunakan oleh puak pemisah.”

2 Rakyat Malaysia Antara 16 Terkorban Letupan Bom

000_Hkg10203179-635x357
Letupan kira-kira jam 7 malam (8 malam waktu Malaysia) di persimpangan Ratchaprasong, berdekatan dengan kuil terkenal, Kuil Erawan, Bangkok.

Menerusi kenyataan dari Ketua Polis Diraja Thailand, Somyot Poompanmuang, serangan berkenaan merupakan yang pertama di Thailand dan ia berpunca daripada bom paip.

Dalam laporan agensi berita rasmi China, Xinhua, setakat ini tiga warga China, manakala dua dari Malaysia, dua dari Hong Kong dan seorang dari Filipina antara mangsa yang terkorban dalam serangan itu.

Sehingga kini, laporan media antarabangsa memaklumkan bahawa seramai 22 mangsa telah terkorban yang terdiri daripada warga asing dan penduduk tempatan termasuk penjaja di kawasan sekitar.

Insiden berdarah itu dilaporkan berlaku kira-kira jam 7 malam waktu tempatan (8 malam waktu Malaysia) di persimpangan Ratchaprasong, berdekatan dengan kuil terkenal, Kuil Erawan serta pusat beli-belah dan hotel.

Lantas, ia dilihat sebagai usaha jahat pihak tertentu untuk melumpuhkan ekonomi serta industri pelancongan di situ kerana berlaku di tempat tumpuan ramai. – Agensi/ MYNEWSHUB.CC

Rakaman CCTV Letupan Di Kota Bangkok 17 Ogos 2015

https://www.youtube.com/watch?v=zaHlZaAXZp0

Tags: kematianletupan bomMangsapengganasThailand
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Fadhlina Arah Audit Segera, Tiada Pihak Dilindungi Susulan Kematian Pelajar Di Sekolah

Fadhlina Arah Audit Segera, Tiada Pihak Dilindungi Susulan Kematian Pelajar Di Sekolah

26/09/2026
0

KUALA PILAH - Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek mengarahkan Jemaah Nazir menjalankan audit segera susulan kematian seorang murid Tingkatan...

JPM Hal Ehwal Agama Kecam Individu Malaysia Sertai Ratu Cantik Transgender

JPM Hal Ehwal Agama Kecam Individu Malaysia Sertai Ratu Cantik Transgender

01/09/2026
0

KUALA LUMPUR – Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mengecam sekeras-kerasnya tindakan seorang individu yang menyertai pertandingan ratu cantik transgender...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd