• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Terkejut Terakam Gambar Pocong Di Rumah Tok Su

oleh AK-47
29/08/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG pensyarah terkejut sehingga tidak dapat tidur lena selepas melihat satu entiti aneh seakan pocong dalam gambarnya yang dirakam seorang rakan ketika melawat sebuah rumah tradisional Melayu yang dikenali sebagai Rumah Tok Su.

Gambar itu dikatakan dirakam kira-kira sekitar jam 12 tengah hari di kawasan rumah warisan Melayu yang terletak di Alor Setar, Kedah.

Menurut pemilik gambar tersebut, Mohd Zaidi Mahmud, pada awalnya dia tidak menyedari kehadiran lembaga berkenaan namun hanya perasan sejurus melihat semua gambar tersebut selepas pulang ke rumah.

“Mulanya saya hanya melihat gambar tersebut sekali imbas dan kemudiannya memuat naik dalam akaun Facebook pada petang selepas pulang dari rumah berkenaan.

“Sebelum tidur saya sekali lagi melihat gambar-gambar yang diambil tengah hari tadi (semalam) dan terperanjat selepas saya meneliti di jendela yang berada di hujung sekali ada lembaga seakan pucong sedang merenung keluar dari tingkap di situ,” katanya kepada Harian Metro.

Tambahnya, dia tidak menafikan kewujudan makhluk itu disebabkan pelbagai kejadian sama pernah didakwa berlaku di rumah Tok Su.

Difahamkan, rumah Tok Su sudah berusia lebih 80 tahun dan dijadikan tarikan pelancongan ketika zaman Tan Sri Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah.

Keistimewaan rumah ini terletak pada kehalusan ukiran bunga kerawang dan ruang-ruangnya iaitu beranda, rumah ibu, anjung, ruang tengah, selang, dapur dan pelantar.  – MYNEWSHUB.CC

Sumber: Harian Metro

https://www.youtube.com/watch?v=SpVe1CQmbbA

Tags: Hantu
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Pekerja Kilang Dirasuk Beramai-ramai

Pekerja Kilang Dirasuk Beramai-ramai

01/12/2025
0

OLEH MYNEWSHUB  CIANJUR, 1 Disember 2025 – Suasana kecoh tercetus di sebuah kilang pengeluaran boneka, PT Aurora World di Sukaluyu,...

Saksi Sangka Zayn Rayyan Hilang Kerana Disorok Hantu

Saksi Sangka Zayn Rayyan Hilang Kerana Disorok Hantu

06/02/2025
0

PETALING JAYA : Seorang saksi memberitahu Mahkamah Sesyen di sini, hari ini bahawa dia pada awalnya menyangka Zayn Rayyan Abdul...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd