• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Dihukum Gantung Lepas Dipaksa Mengaku Salah

oleh Ahmad Albab
06/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Karachi – Pakistan telah menggantung seorang lelaki yang didapati bersalah atas dakwaan membunuh seorang kanak-kanak meskipun terdapat dakwaan dia dipaksa mengaku membunuh kanak-kanak itu.

Kes itu juga menjadi kontroversi kerana ketika kejadian, Shafqat Hussain hanya berusia 15 tahun.

Hussain didakwa membunuh kanak-kanak berusia tujuh tahun pada 2004.

Mengikut kertas pertuduhan, Hussain yang juga anak bongsu daripada tujuh beradik berkerja sebagai jaga apabila mangsa, Umair hilang daripada kawasan berhampiran.

Beberapa hari kemudian, keluarga Umair menerima panggilan daripada telefon Hussain yang menuntut pampasan setengah juta rupee. Hussain akhirnya ditangkap dan mengaku membunuh Umair.

Bagaimanapun dia menarik balik pengakuan bersalah itu dengan alasan ia dibuat kerana tertekan selepas dipaksa mengaku salah.

Kes berkenaan menarik perhatian ramai termasuk Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan Kesatuan Eropah yang membantah pelaksanaan hukuman mati itu.

Ia dijadualkan dilaksanakan pada Januari lalu namun ditangguhkan sehingga pagi semalam.

Dalam pada itu, keluarga Hussain berkata, lelaki itu dihukum mati hanya disebabkan keluarga mereka miskin.

“Anak saya tidak bersalah. Kami tidak boleh melakukan apa-apa tetapi mereka yang menghukumnya akan menerima balasan dari Allah,’’ kata ibunya.

Keluarganya juga mendakwa hukuman gantung itu tidak dilaksanakan dengan sempurna kerana terdapat luka di leher dan separuh leher Hussain telah terpisah dari badannya.

– MYNEWSHUB.CC

Tags: hukum gantungPakistan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Banduan Lari Berjaya Ditangkap Semula Di Gombak

Banduan Lari Berjaya Ditangkap Semula Di Gombak

20/04/2026
0

GOMBAK – Seorang banduan yang sebelum ini dilaporkan melarikan diri pada 9 April lalu berjaya ditangkap semula oleh pihak polis...

Menunggu Macam Orang Bodoh – Pakistan Keluar Nota Bantahan Kepada Rusia

Menunggu Macam Orang Bodoh – Pakistan Keluar Nota Bantahan Kepada Rusia

13/12/2025
0

BREAKING: Pakistan Mengeluarkan Protes Diplomatik Ke Atas Rusia Selepas Putin Tidak Hadir Pada Pertemuan Dengan PM Shehbaz Sharif Ashgabat, Turkmenistan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd