LIAM Murphy membuktikan bahawa dia seorang yang baik hati apabila mempelawa seorang pemandu teksi yang tidak pernah memasuki taman tema terbesar di Dubai, Ferrari World, untuk bersama-sama dengannya melawat taman tema itu.
Selain membayar tiket berharga RM281, Murphy turut belanja pemandu teksi itu, Shakiha yang berasal dari India untuk makan di situ.
Menurut Murphy, hatinya tersentuh selepas mendengar cerita mengenai Shakiha yang sudah 14 tahun membawa teksi di Dubai.
Namun dia tidak mampu membayar harga tiket yang mahal itu sebaliknya wang yang diperolehinya perlu dihantar kepada keluarganya di kampung.
Setiap kali menghantar penumpang ke taman tema itu, Shahika hanya menunggu mereka di luar selama lebih empat jam, sehingga penumpang tersebut menamatkan lawatan di situ.
“Dia mahu menunggu di dalam kereta selama empat jam…tetapi hari ini saya akan pastikan mimpinya menjadi kenyataan dengan membawnaya masuk melawat Ferrari World.
“Roller Coaster yang pertama kali dinaikinya ini merupakan yang terlaju di dunia. Saya belikan pizza untuknya dan dia pasti akan tidur nyenyak malam nanti,’’ demikian tulis Murphy yang berkerja sebagai jurutera di dalam akaun Facebooknya. – MYNEWSHUB.CC
https://youtu.be/7SAQvckyU2o