• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KWSP Rancang Perluaskan Unit Ras Di Seluruh Negara

oleh Ahmad Albab
09/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

HULU TERENGGANU – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan memperluaskan unit Khidmat Nasihat Persaraan (RAS) di seluruh negara bagi membantu pekerja swasta menguruskan simpanan mereka selepas bersara.

Pengurus Besar Kanan, Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP, Baharuddin Jawadi berkata ketika ini perkhidmatan ini hanya terdapat di cawangan Kuala Lumpur, Pertaling Jaya dan Johor Baharu.

“Memandangkan perkhidmatan ini mendapat sambutan menggalakkan, kami merancang untuk meluaskan RAS di semua negeri,” katanya kepada Bernama ketika menghadiri program Hari Keluarga KWSP dan Majlis Makan Malam di sini yang turut dihadiri Ketua KWSP negeri Terengganu, Rahmat Ali.

Beliau berkata sebenarnya mengurus simpanan ini patut diajar semasa mula-mula pekerja bekerja lagi hingga bersara, bagaimana cara pekerja mahu buat simpanan, tabungan, pinjaman dan sebagainya.

Katanya ini kerana sekarang terlalu banyak institusi yang menawarkan pinjaman, jadi dengan sebab itu pekerja perlu merancang kewangan mereka dengan bijak sejak awal lagi bagi mengelak terjebak dengan kesusahan di kemudian hari.

Baharuddin berkata perkhidmatan RAS disediakan secara percuma dan mereka menyasarkan kumpulan-kumpulan tertentu untuk mendapatkan khidmat nasihat tersebut.

Sementara itu, mengenai perkhidamatan e-Caruman On-Line, katanya ia memudahkan majikan membuat bayaran pencaruman pekerja mereka melalui bank.

“Kalau dulu kita menggunakan borang A dan hanya dapat dikredit ke akaun ahli mengambil masa selama 21 hari, tetapi dengan sistem e-Caruman On-line itu ia mengambil tempoh hanya tiga hari.

“Jadi mana-mana majikan yang belum menggunakan sistem itu, kita nasihatkan supaya mereka menggunakannya kerana ia lebih efisyen,” katanya.

Baharuddin berkata ketika ini KWSP mempunyai kira-kira 14 juta ahli manakala terdapat kira-kira enam juta ahli yang aktif. – BERNAMA

Tags: KWSP
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Benarkan Pengeluaran KWSP, Ini Bukan Main Politik – Shahidan

Benarkan Pengeluaran KWSP, Ini Bukan Main Politik – Shahidan

10/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim menggesa pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibenarkan mengeluarkan sedikit...

Tak Boleh Pindahkan Semua Dividen Ke Akaun 3, Mesti Dikredit Ikut Akaun

Tak Boleh Pindahkan Semua Dividen Ke Akaun 3, Mesti Dikredit Ikut Akaun

28/02/2026
0

SUNGAI BULOH: Agihan dividen yang diumumkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikreditkan terus ke dalam akaun masing-masing mengikut peruntukan undang-undang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd