• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kurangkan Polemik Dan Bercakap, Banyakkan Bekerja

oleh Ahmad Albab
09/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TUARAN – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Musa Aman meminta seluruh anggota dan barisan kepimpinan UMNO Sabah agar mengurangkan polemik dan berpolitik sesama sendiri, sebaliknya menumpukan fikiran serta tenaga untuk bekerja dan membela nasib rakyat.

Berpolemik keterlaluan dan banyak bercakap serta kurang bekerja jika terus diamalkan tidak akan memberi apa-apa faedah kepada rakyat, negeri dan negara keseluruhannya, katanya.

Beliau ditemui selepas merasmikan mesyuarat serentak UMNO Bahagian Tuaran, Pergerakan Wanita, Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Tuaran di Dewan Masyarakat Sulaman di sini hari ini.

Terdahulu dalam ucapannya, Musa, yang juga Ketua Menteri Sabah, mengingatkan anggota dan pemimpin UMNO supaya terus fokus dan tidak hilang arah dalam perjuangan parti kerana sudah menjadi lumrah hidup setiap perjuangan mesti ada cabaran, dugaan serta onak dan duri yang perlu dihadapi, lebih-lebih dalam parti besar seperti UMNO.

Bagaimanapun, katanya, apa juga permasalahan yang timbul perlu diselesaikan dengan baik melalui semangat persaudaraan dan muafakat sesama anggota parti kerana hanya dengan cara itu, UMNO akan terus bersatu dan kukuh serta mampu berdepan dengan apa juga cabaran yang mendatang.

“Sebab itu saya selalu katakan, saya selalu ingatkan (kepada wakil rakyat) jangan anggap anda hanya ‘Yang Berhomat’ sahaja tetapi juga ‘Yang Berkhidmat’
kepada rakyat. Inilah cara dan pendekatan kita untuk memastikan UMNO, khususnya di Sabah, terus stabil kukuh dan dan kuat,” katanya.

Musa juga mengingatkan anggota dan kepimpinan UMNO agar terus mempertahankan budaya taat kepada pucuk pimpinan dan parti kerana dengan cara itu barulah UMNO akan terus kuat dan mantap manakala dasar parti dan kerajaan akan dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Beliau berkata kesetiaan kepada parti dan pucuk pimpinan amat penting bagi memastikan jentera parti dapat bergerak secara bersepadu untuk mencapai matlamat yang ditetapkan termasuk menang dalam pilihan raya.

“Kalau kita bersatu padu, ada kesepakatan, ada perpaduan apa sahaja cabaran akan mampu kita hadapi dengan penuh ketabahan. Kita mahu negara kita, kita mahu negeri kita, kepimpinannya, tidak ditentukan oleh orang luar atau anasir dalam dan luar negara,” katanya. – BERNAMA

Tags: Musa Aman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PH Sabah Terkejut Cadangan Lantik Musa Jadi Ketua

PH Sabah Terkejut Cadangan Lantik Musa Jadi Ketua

15/09/2023
0

PH Sabah akan mengadakan mesyuarat bersama dalam tempoh terdekat sebagai persediaan parti itu menghadapi pilihan raya negeri (PRN) akan datang....

Shafie Punca Peningkatan Kes COVID-19 – Musa Aman

20/10/2020
0

KOTA KINABALU - Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman dalam surat terbukanya mendakwa Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN),...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd