• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kumpulan Pertama 450 Jemaah Haji Malaysia Ke Tanah Suci

oleh Ahmad Albab
18/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Kumpulan pertama 450 jemaah haji Malaysia berlepas ke tanah suci pagi ini dengan pesawat milik Arab Saudi.

Majlis penghantaran mereka di Kompleks Tabung Haji (TH) Kelana Jaya di sini, disempurnakan Pengerusi TH Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

Menurut Pengurus Besar Kanan (Haji) merangkap Ketua Rombongan Haji 1436 Hijrah Datuk Syed Saleh Abdul Rahman, pesawat SV5701 yang membawa jemaah dijangka tiba di Madinah pada 9 pagi waktu Arab Saudi.

Perjalanan ke Madinah dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL mengambil masa 8 jam.

Kumpulan pertama itu merupakan sebahagian daripada kira-kira 1,000 bakal haji Malaysia yang dijadual berlepas ke tanah suci hari ini.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Abdul Azeez berkata yakin kerajaan Arab Saudi telah mengambil langkah keselamatan bagi memastikan musim haji kali ini berjalan lancar, susulan pergolakan di sebuah negara jiran.

“Kita (TH) juga telah mengambil inisiatif tertentu dan menghantar petugas yang mempunyai latar belakang keselamatan untuk menjaga jemaah kita,” katanya.

Abdul Azeez juga berkata jaminan telah diberi oleh Arab Saudi bahawa bahawa pergolakan itu tidak akan menjejaskan jemaah di Makkah dan Madinah.

Jemaah haji Malaysia yang kesemuanya berjumlah 22,320 orang tahun ini akan bertolak secara berperingkat ke tanah suci dengan penerbangan terakhir pada 16 Sept manakala perjalanan pulang bermula 29 Sept hingga 27 Okt.

Sejumlah 64 penerbangan merangkumi 39 pesawat Malaysia Airlines dan 25 pesawat milik Arab Saudi dari tujuh lapangan terbang di seluruh negara, disediakan.

Sementara itu, sepasang suami isteri warga emas dari Teluk Emas, Melaka berasa gembira dan bersyukur menjadi tetamu Allah buat pertama kali selepas lapan tahun menunggu.

Abu Bakar Yahya, 60, dan Fatimah Saat, 67, berkata wang pemberian dari tujuh anak mereka setiap bulan disimpan bagi membolehkan mereka menunaikan impian setiap umat Islam itu.

“Alhamdulillah kami berpeluang menjejakkan kaki ke tanah suci… mudah-mudahan haji kami mabrur dan diterima Allah S.W.T,” kata Abu Bakar yang juga pesara tentera dan datuk kepada 16 cucu.

Bagi Siti Nur Athirah Sazali, 17, beliau menggangap jemputan menunaikan haji pada usia muda merupakan rezeki dan peluang yang tidak akan disia-siakan.

Menunaikan ibadah itu bersama bapa, Sazali Samawi, 52, dan ibu Saodah Mohd Taib, 53, remaja itu berkata beliau teruja untuk berbuat demikian walaupun terpaksa melepaskan peluang untuk menduduki ujian percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bermula 25 Ogos ini.

“Bagaimanapun, saya masih ada masa mengulang kaji pelajaran untuk peperiksaan sebenar sebaik pulang ke tanah air. Saya akan memohon kepada Allah agar permudahkan urusan saya untuk peperiksaan itu kelak,” kata pelajar Sekolah Taman Jasmin 2, Kajang itu.

Bagi Sazali, beliau terkejut namun bersyukur diberi peluang menunaikan haji pada tahun ini.

“Saya memang tidak duga langsung dapat pergi tahun ini. Yang terdahulu mendaftar adalah anak dan isteri saya. Oleh kerana anak saya perlukan mahram, jadi saya dibenar mengikut mereka untuk menunaikan haji,” katanya. – BERNAMA

Tags: jemaah haji
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

182 Bakal Jemaah Terpedaya Dapat Surat Tawaran Haji Palsu

182 Bakal Jemaah Terpedaya Dapat Surat Tawaran Haji Palsu

06/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Seramai 182 bakal jemaah haji yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) petang semalam dan kelmarin,...

138 Jemaah Haji Indonesia Meninggal Dunia Di Arab Saudi

138 Jemaah Haji Indonesia Meninggal Dunia Di Arab Saudi

18/06/2024
0

JAKARTA : Sekurang-kurang 138 jemaah haji Indonesia telah meninggal dunia di Arab Saudi pada musim haji tahun ini, menurut Konsulat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd