• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, April 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPDNKK Sokong Pembukaan Low Yat 2

oleh Ahmad Albab
16/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LIPIS – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menyokong sepenuhnya cadangan mewujudkan ‘Low Yat 2’ sebagai platform baharu usahawan bumiputera menjual peralatan elektronik serta telekomunikasi yang tulen.

Menteri berkenaan, Datuk Hamzah Zainuddin berkata cadangan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob itu, tidak bersifat rasis kerana ia boleh memberi manfaat kepada semua pihak dan bukan terhad kepada kaum bumiputera sahaja.

“Kita sokong cadangan berkenaan kerana ia memberi faedah kepada semua pihak terutama kepada pengguna dalam mendapatkan peralatan yang tulen.

“Bagi tujuan ini, kita akan memberikan ‘trust mark’ atau cop pengiktirafan barangan tulen kepada setiap alatan yang dijual di ‘Low Yat 2’,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Lipis di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Umno bahagian, Datuk Abdul Rahman Mohamad dan timbalannya, Datuk Seri Mohd Soffi Abd Razak.

Ismail Sabri sebelum ini mencadangkan sebuah ruang jualan produk komputer, dan alatan telekomunikasi khusus diwujudkan untuk peniaga Melayu dan Bumiputera atas platform Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Namun cadangan itu dipandang negatif sesetengah pihak termasuk pemimpin MCA yang mendakwa ia bersifat rasis.

Sementara itu, Hamzah berkata pihaknya akan bertindak lebih tegas terhadap peniaga yang cuba mengambil kesempatan dan menindas pengguna dengan menaikkan harga barangan sesuka hati dan melampau.

Hamzah juga berkata, pihaknya akan mempertimbangkan untuk memberi kuasa kepada Anggota Majlis Pengguna di setiap daerah serta anggota persatuan pengguna bagi mengambil tindakan terhadap peniaga yang melakukan kegiatan berkenaan. – BERNAMA

Tags: KPDNKK
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KKM Tunggu Maklum Balas MOF, KPDNHEP Isu Caj Rundingan Hospital

04/10/2018
0

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih menunggu maklum balas daripada Kementerian Kewangan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan...

Friends Of KPDNKK Perlu Bergerak Aktif Pantau Harga

27/07/2018
0

MELAKA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka disaran mengaktifkan 'Friends of KPDNHEP' sebagai mata dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd