• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kisah Sebenar Mengapa Makanan Di Gerai Penjaja Ini Bersepah

oleh AK-47
11/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

HEBOH jadinya laman sosial semalam apabila tersebarnya beberapa gambar yang menunjukkan pihak berkuasa sedang berdiri berhampiran seorang penjaja berbangsa India yang menjalankan perniagaan tanpa lesen berhampiran Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh.

Gambar lain juga memperlihatkan penjaja tersebut sedang duduk termenung mengenang nasib gerainya yang telah tiada disamping hasil jualannya yang bertaburan di jalan raya.

Sekadar menilai gambar tersebut, tentunya ia mengundang rasa kemarahan orang ramai yang mendakwa pihak berkuasa Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) bertindak kejam kerana sudahlah merampas barangan perniagaan auntie tersebut dan dalam masa yang sama turut menyepahkan makanan yang dijual di atas jalanraya.

kes-auntie-ipoh-2

Untitled

Namun cerita yang sebenarnya ialah penjaja tersebut yang sebenarnya menyepahkan barangan perniagaanya sendiri.

Menurut saksi yang tampil, kejadian tersebut berlaku selepas pihak berkuasa menerima laporan tentang perniagaan penjaja tersebut yang tidak berlesan dan dalam masa yang sama turut mengganggu laluan keluar dan masuk Ambulan ke hospital berkenaan.

kes-auntie-ipoh-1

Serta menurut saksi lagi, makanan yang bersepah itu adalah perbuatan penjaja itu sendiri sebagai tanda protes kepada pihak berkuasa berkenaan.

Perkara ini diperjelaskan lagi oleh pihak MBI, menurut Setiausaha Bandaraya, Mohd Zakuan Zakaria menjelaskan pihaknya memberi jaminan bahawa barangan yang bersepah itu tidak dilakukan oleh mereka dan berita tidak sahih mengenai perkara tersebut dilihat hanyalah ingin mencemarkan nama MBI.

“Berhubung tindakan penyebaran isu gambar itu ianya dilihat tindakan mencemar nama baik pihak Majlis Bandaraya Ipoh.

“Perkara ini perlu dapatkan perbincangan lanjut daripada pihak hospital kerana ianya berlaku dalam kawasan hospital,” katanya.

Tegasnya lagi, situasi yang dinyatakan dalam viral berkenaan adalah tindakan mencemar nama baik MBI dan sekaligus menjejaskan nama baik kerajaan negeri.

“Saya melahirkan rasa dukacita kerana isu disebarkan tanpa penjelasan lanjut namun ada beberapa pihak dan saksi telah menjelaskan perkara sebenar,” ujarnya memetik laporan Perak Today.

Pada kami, orang ramai haruslah tidak mudah melatah dengan hanya melihat gambar tanpa mengetahui hal sebenar.

Para petugas tersebut hanya menjalankan tugas mereka apabila menerima arahan walaupun bukan kehendak mereka untuk mengganggu orang berniaga.

Dalam kes seperti ini, kami merasakan undang-udang haruslah dinilai semula oleh mereka yang di atas sana.

Mana-mana peniaga yang tidak berlesan ini pihak berkuasa haruslah memberikan lesen perniagaan kepada mereka dan tempatkan mereka di tempat meniaga yang sah dan berlokasi strategik.

Usah dirampas barangan meniaga mereka hanya kerana tiada lesen dan usah dihalang keinginan mereka untuk berniaga demi mencari sedikit rezeki di bumi Allah ini.-MYNEWSHUB.CC

Oleh: hzq

 

Tags: gambar viralIpohpeniagaPerak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Parti Amanah Kesal Pembangkang Tunggang Isu Harga Minyak Untuk Keuntungan Politik

Parti Amanah Kesal Pembangkang Tunggang Isu Harga Minyak Untuk Keuntungan Politik

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Perak mengecam sikap pembangkang menunggang isu harga minyak demi keuntungan politik. Timbalan...

Bonus Raya RM1,500 Untuk Penjawat Awam Perak

Bonus Raya RM1,500 Untuk Penjawat Awam Perak

23/02/2026
0

IPOH - Kerajaan Perak mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri berjumlah RM1,500 kepada semua kakitangan awam di negeri itu....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd