• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Khurafat Di Musim Haji! – Mufti Perlis

oleh Ahmad Albab
21/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mufti Perlis, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin menyelar segelintir umat Islam negara ini yang masih mempercayai unsur-unsur tahyul dalam soal urusan ibadah haji.

Tegas beliau, terdapat pelbagai kepercayaan khurafat mengenai ibadah itu yang masih dipercayai, dipegang dan diamalkan oleh umat Islam Malaysia hingga hari ini.

Beliau memberi contoh ada rakyat Malaysia mempercayai kononnya jemaah haji yang dalam kenderaan ke Mekah akan mati jika berpatah balik untuk mengambil barang tertinggal.

Berikut kenyataaan penuh Mohd. Asri yang membidas kepercayaan-kepercayaan tersebut:

SESETENGAH kita yang ingin berangkat ke Mekah mempunyai berbagai kepercayaan yang bukan-bukan.

Ada yang menganggap bahawa jika seseorang yang hendak pergi haji itu sudah berada dalam kenderaan, dia tidak boleh berpatah balik jika ada barang yang tertinggal.

Nanti kononnya akan mati di Mekah dan tidak pulang ke rumahnya lagi. Percayaan ini adalah khurafat.

Jika ia benar, alangkah beruntung seseorang yang meninggal dalam perjalanan melaksanakan ibadah!!. Ada pula yang menganggap bahawa ada upacara khas berangkat ke haji.

Maka seseorang tidak boleh berangkat sehingga upacara ‘bawa turun’ ke Mekah diadakan. Padahal Nabi s.a.w dan para sahabah yang berangkat dari Madinah ke Mekah ketika itu tidak pernah melakukan upacara itu semua.

Apa yang baginda ajar adalah doa dan adab-adab musafir.

Seseorang yang menunaikan haji perlu faham teras-teras akidah secara jelas. Jika tidak, dibimbangi mereka tersasar.

Bukan sedikit yang kita lihat jamaah haji sesetengah negara yang mengusap batu, bukit dan apa sahaja binaan di Mekah dan Madinah yang menimbulkan kekaguman dalam jiwanya.

Bahkan dahulu sebelum telaga Zam-Zam ditutup seperti sekarang, saya pernah melihat ada mengusap-usap binaan moden sekeliling telaga berkenaan. Ada pula yang semasa tawaf cuba mengoyak kelambu (Kiswah) Kaabah kononnya untuk disimpan kerana ada keajaibannya.

Mereka lupa kelambu tersebut adalah tenunan zaman sekarang yang selalu ditukar ganti. Kilangnya ada di Mekah dengan berbagai peralatan canggih. Mengoyak kelampu tersebut bererti memusnah harta awam dan mencuri. Apakah jenis keberkatan yang mereka cari dari barangan curi dan khianat?.

Perkara seperti ini jika tidak dikawal Dunia Islam akan hanyut seperti sesetengah ajaran tarekat dan syiah yang mempertuhankan segala unsur yang mereka kagumi, termasuklah mempertuhankan guru-guru atau imam-imam mereka.

Sebab itu Saiyyidina Umar memerintahkan agar ditebang pokok yang pernah Rasulullah s.a.w dan para sahabah melakukan baiah (ikrar setia) al-Ridwan di bawahnya, kerana orang ramai mula datang dan bersolat di tempat tersebut. (lihat: Ibn Hajar, Fath al-Bari, 11/490, Beirut: Dar al-Fikr). Bimbang berlakunya fitnah dalam akidah, warisan sejarah berharga pun terpaksa dihapuskan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: dr.mazajemaah haji
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selebriti Dakwa Baca ‘Alam Tara Kaifa Fa’ala Rabbuka’ Buka Rezeki Ada Masalah Mental Yang Serius – Mufti Perlis

Selebriti Dakwa Baca ‘Alam Tara Kaifa Fa’ala Rabbuka’ Buka Rezeki Ada Masalah Mental Yang Serius – Mufti Perlis

13/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Fenomena masyarakat yang mengagungkan selebriti di media sosial sehingga menjadikan mereka sebagai idola ditegur oleh...

182 Bakal Jemaah Terpedaya Dapat Surat Tawaran Haji Palsu

182 Bakal Jemaah Terpedaya Dapat Surat Tawaran Haji Palsu

06/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Seramai 182 bakal jemaah haji yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) petang semalam dan kelmarin,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd