Sunday, May 19, 2024

Creating liberating content

Menteri Pandu Uji Sendiri...

KUALA LUMPUR - Sesi pandu uji kereta terbang pertama negara dijangka dilakukan buat...

Razip Kecewa Benteng Pertahanan...

KUANTAN - Kelemahan benteng pertahanan Pahang telah mengakibatkan pasukan itu dihukum dengan kekalahan...

PKR Alor Setar Buat...

ALOR SETAR - PKR Cabang Alor Setar hari ini membuat laporan polis terhadap...

Fatwa Selangor Mengenai SIS...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Sisters in Islam (SIS) untuk menangguhkan...

Kes Hepatitis B Dan C Meningkat Tahun Lepas – Dr Hilmi

ALOR SETAR – Kes virus Hepatitis B dan C, yang paling berbahaya dan menjadi pembunuh senyap manusia, mencatatkan peningkatan di Malaysia pada tahun lepas berbanding 2013.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Hilmi Yahya berkata Hepatitis B meningkat daripada 11.51 kes bagi setiap 100,000 penduduk pada 2013 kepada 12.94 kes pada 2014.

Hepatitis C pula bertambah daripada 6.77 kes bagi setiap 100,000 penduduk pada 2013 kepada 7.3 kes pada 2014, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Hepatitis Sedunia 2015 di sini, hari ini.

“Peningkatan itu mungkin kerana kurangnya kesedaran orang ramai menjalankan saringan selain pengamal perubatan tidak melaporkan kes kepada pihak berkuasa,” kata beliau.

Menurutnya Hepatitis B boleh dirawat menggunakan vaksin.

“Prevalen jangkitan Hepatitis C di Malaysia adalah 2.3 peratus daripada penduduk dewasa atau kira-kira 300,000 orang,” katanya.


Dr Hilmi berkata kedua-dua virus Hepatitis itu menjangkiti individu melalui pemindahan darah atau organ tidak selamat, perkongsian picagari dan jarum untuk suntikan serta penggunaan alat perubatan yang tidak dibersihkan.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai membuat pemeriksaan awal bagi mengesan penyakit itu.

Virus Hepatitis A,B,C,D dan E menyerang hati dan boleh menyebabkan keradangan dan kegagalan organ berkenaan. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori