Sunday, May 19, 2024

Creating liberating content

Orang Ramai Dipelawa Kongsi...

KUALA LUMPUR - Sebagai sebahagian daripada usahanya untuk menambah baik proses penyediaan bajet...

Selamat Tinggal Aliff Aziz...

KUALA LUMPUR - Isteri kepada penyanyi Aliff Aziz, Bella Astillah akhirnya membuka mulut...

Pasangan Warga Emas, Anak...

DUNGUN - Pasangan warga emas dan seorang anak lelaki mereka ditahan kerana dipercayai...

Video: Lepas Melancap, Pancut...

Apa yang dibuat lelaki ini sungguh mengejut dan amat menjijikkan!Mana tidaknya, selamba melakukan...

Kerajaan Tiada Perancangan Laksana Tambatan Ringgit

TANJONG KARANG – Kerajaan tidak mempunyai perancangan untuk melaksanakan tambatan ringgit berbanding dolar AS bagi menangani penyusutannya, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Beliau berkata kerajaan menjangka ringgit akan stabil berdasarkan hakikat asas ekonomi Malaysia yang kekal kukuh.

“Saya fikir (ringgit) akan stabil berdasarkan semua kajian kami,” katanya pada sidang media selepas merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Tanjong Karang di sini hari ini.

Ahmad Husni berkata demikian ketika diminta mengulas saranan pihak tertentu supaya ringgit ditambat untuk menangani penyusutan nilai berikutan harga minyak jatuh di bawah paras US$50 setong.

Beliau berkata pergerakan harga minyak yang dilihat sekarang sebahagian besarnya daripada pengukuhan dolar yang turut mempengaruhi mata wang serantau seperti dolar Singapura dan rupiah Indonesia.

Mengenai isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB), Ahmad Husni berkata pelan rasionalisasi dana strategik itu berjalan dengan baik dan masalah aliran tunainya dijangka selesai pada akhir tahun.


“Kita beri tumpuan kepada pelan rasionalisasi, dan lihat kepada kepentingan negara. Kita mahu 1MDB (menjadi) sangat sihat,” katanya.

Mengenai perkembangan lain, Ahmad Husni, yang juga Bendahari UMNO, menasihatkan pemimpin di semua peringkat daripada ketua kampung hingga kepada pemimpin politik supaya membuat kajian ‘profil demografi’ pengundi masing-masing untuk memperkasakan mereka yang daripada kumpulan berpendapatan rendah B40 melalui peningkatan kerjaya seperti pembangunan kemahiran.

Beliau berkata kerajaan kini memberi tumpuan kepada pembangunan kemahiran dan agensi berkaitan perlu mengkaji keperluan pendidikan teknikal dan vokasional untuk pekerja mahir.

Ahmad Husni berkata pembangunan kolej komuniti merupakan contoh terbaik bagaimana kemahiran rakyat dapat dipertingkatkan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori