• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Akan Mengambil Langkah Mempertahankan Ringgit

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan mengambil langkah untuk mempertahan ringgit, sekali gus menangani impaknya terhadap industri perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata langkah ini akan diambil bagi membantu usahawan tempatan, terutama Bumiputera, yang terjejas akibat kedudukan ekonomi yang tidak menentu.

“Melihat kembali kepada krisis kewangan 1997-1998, kerajaan sememangnya memberi bantuan kepada PKS dan usaha ini akan diteruskan,” katanya pada sesi dialog mengenai pasaran eksport dan Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11).

Sesi dialog yang dihadiri oleh 78 syarikat berprestasi tinggi (TeraS) pelbagai sektor itu, dianjurkan sempena sesi jaringan bersama-sama syarikat tersebut hari ini.

Sementara itu, Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) memperuntukkan RM120 juta untuk menjayakan tiga program kolaborasi bersama Pusat Pembangunan Reka Bentuk Malaysia (DDEC), SME Bank dan SME Bank Corporation Malaysia, bagi membantu usahawan Bumiputera.

“Daripada jumlah tersebut, RM100 juta akan diperuntukkan kepada SME Bank untuk menyediakan pembiayaan ekuiti kepada syarikat berkelayakan yang akan membolehkan pengambilalihan ekuiti, atau memperkembangkan perniagaan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif TERAJU Datuk Husni Salleh.

Sejumlah RM10 juta lagi akan diperuntukkan menerusi program pembinaan kapasiti praeksport bagi membantu usahawan Bumiputera dalam pembinaan jenama serta aktiviti pembangunan seperti penjenamaan, pembungkusan dan pelabelan.

Selain itu, RM10 juta akan disalurkan kepada program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (Tube 2.0) bagi menggalakkan penglibatan golongan muda dalam bidang keusahawanan dengan menyediakan bimbingan, nasihat serta bantuan kewangan melalui program geran perniagaan dan sistem kawan (Buddy System) dan aktiviti pengurusan. – BERNAMA
 

Tags: KerajaanMustapa Mohamed
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Patut Dipersoal Cadang Dasar 30% Ekuiti Tidak Adil Sejak Awal – Siti Kassim

Kerajaan Patut Dipersoal Cadang Dasar 30% Ekuiti Tidak Adil Sejak Awal – Siti Kassim

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Peguam dan aktivis, Siti Kassim berpandangan kerajaan sepatutnya dipersoalkan kerana mencadangkan dasar berkaitan syarat 30 peratus ekuiti...

Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Gesa Kerajaan Perjelas Pengguguran Ekuiti Bumiputera

Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Gesa Kerajaan Perjelas Pengguguran Ekuiti Bumiputera

24/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) menggesa kerajaan memberikan penjelasan rasmi dan konsisten berhubung keputusan menggugurkan syarat pemilikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd