• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kawalan Sempadan Di Wang Kelian Diperkukuh – MB Perlis

oleh Ahmad Albab
12/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Kawalan keselamatan di sempadan Malaysia/Thailand di kawasan hutan simpan Wang Kelian diperkukuhkan dan pos pemerhati diaktif semula selepas terbongkarnya kes pemerdagangan manusia, Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis diberitahu Rabu.

Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man berkata pos pemerhati di Tangga 100 diletakkan anggota secara tetap dan pos sementara didirikan di Genting Perah berhampiran Felcra Lubuk Sireh.

“Kerajaan persekutuan telah mengarahkan agensi-agensi keselamatan berkaitan menyemak semula langkah-langkah penguatkuasaan, pengoperasian dan kawalan mengikut bidang kuasa masing-masing selepas kes itu terbongkar April lepas.

“Tindakan lain ialah meningkatkan rondaan pencegahan pendatang asing tanpa izin (PATI) dan penyeludupan dari Genting Perah hingga Bukit Wang Burma dan menggiatkan Unit Risikan Sempadan,” kata Azlan.

Azlan (BN-Pauh) menjawab soalan lisan Asmaiza Ahmad (BN-Chuping) mengenai tindakan kerajaan berkaitan keselamatan di sempadan sekarang.

Sebelum itu ketika menjawab soalan Khaw Hock Kong (BN-Titi Tingg), beliau berkata sebanyak 1,735 orang PATI yang menyelinap masuk melalui Padang Besar dari 1 Januari hingga 13 Julai lepas berjaya ditangkap oleh pihak berkuasa.

Khaw yang mengambil bahagian membahas titah junjung kasih atas perkenan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail merasmikan sidang DUN semalam selepas itu meminta kerajaan mengkaji memansuhkan caj RM2 bagi membaharui lesen memandu di Pejabat Pos.

Katanya adalah wajar perkhidmatan itu diberikan percuma kepada rakyat kerana RM2 itu tidaklah banyak.

“Saya ingin menarik perhatian Dewan mengenai kesesakan di Kompleks Kastam dan Imigresyen Padang Besar pada hari-hari cuti. Saya pernah melalui pengalaman selama dua jam untuk melepasi pemeriksaan imigresen.

Beliau mahu pegawai tambahan ditugaskan di kompleks berkenaan.

Beliau juga meminta Jabatan Kebajikan Masyarakat meletakan pegawai dalam keadaan ‘stand-by’ pada hari-hari cuti agar mereka dapat dihubungi semasa berlaku bencana. – BERNAMA

 

 

Tags: Azlan Mansempadan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ganja RM180,000 Ditinggalkan Di Sempadan Padang Besar

Ganja RM180,000 Ditinggalkan Di Sempadan Padang Besar

17/07/2025
0

PADANG BESAR – Cubaan menyeludup dadah bernilai ratusan ribu ringgit dari negara jiran berjaya dipatahkan pasukan keselamatan dalam satu operasi...

Kes Bunuh Pegawai Polis Thailand: PDRM Terus Pantau Sempadan

Kes Bunuh Pegawai Polis Thailand: PDRM Terus Pantau Sempadan

27/01/2025
0

Kuala Lumpur : Polis Diraja Malaysia (PDRM) meneruskan pemantauan di sempadan, susulan dua suspek kes bunuh seorang pegawai kanan polis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd