• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Juruteknik Mengaku Tidak Bersalah Rogol Anak OKU

oleh Ahmad Albab
28/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Seorang juruteknik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merogol anak kandungnya berusia 11 tahun, yang juga Orang Kurang Upaya.

Tertuduh berusia 37 tahun itu didakwa melakukan kesalahan tersebut di rumahnya di Taman Tuanku Jaafar, Senawang dekat sini pada 12 Ogos lepas jam lebih kurang 2 petang sehingga 5 petang.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376(B) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun, atau dengan denda, atau dengan sebat, atau dengan mana-mana dua daripada seksaan itu jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Farid Mohd Mokhtar memohon mahkamah tidak membenarkan ikat jamin kerana tertuduh tinggal di dalam rumah yang sama dengan mangsa.

Tertuduh tidak diwakili peguam.

Hakim Kamarudin Kamsun kemudiannya tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 30 Sept ini untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

 

Tags: kes mahkamahkes rogol
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

11/01/2026
0

Alor Setar: Sebanyak 43 kes buli direkodkan di Kedah sepanjang 2025, meningkat mendadak berbanding hanya 10 kes pada 2024. Ketua...

Kes Rogol Di Sekolah: KPM Tumpu Bantu Pulih Emosi Calon SPM Dan Guru

Kes Rogol Di Sekolah: KPM Tumpu Bantu Pulih Emosi Calon SPM Dan Guru

12/10/2025
0

MELAKA: Semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan guru di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah, di sini akan diberikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd