• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jasad Dua Beranak Mangsa Bom Dibakar Hari Ini

oleh Ahmad Albab
21/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT MERTAJAM – Jasad Lee Tze Siang, 35, dan anak perempuannya Lee Jing Xuan, 4, yang maut dalam letupan bom di Bangkok, Thailand Isnin lepas, dibakar di Pusat Krematorium Berapit, di sini hari ini.

Upacara membakar jasad dua beranak itu bermula pada pukul 12.25 tengah hari dan abu mayat itu disimpan di Pusat Krematorium Berapit.

Upacara sembahyang sebelum jasad dibakar yang dijalankan di pusat itu turut disertai adik mendiang Tze Siang, Lee Tze Tung, 31, dan anak lelaki mendiang Lee Jian Hien, 6.

Jian Hien yang kehilangan ayah dan adiknya dalam tragedi letupan di persimpangan Ratchaprasong itu kelihatan tenang sepanjang upacara, manakala ibu kanak-kanak itu, Neoh Yee Ling, 33, yang hamil enam bulan dan turut cedera dalam kejadian itu hanya menghadiri upacara sembahyang di rumah mereka di Taman Cengal, Butterworth.

Turut terkorban dalam letupan bom di persimpangan itu yang berdekatan Kuil Erawan dan pusat membeli-belah di Bangkok pada 7 malam (8 malam waktu Malaysia) Isnin lepas ialah ibu Yee Ling, Lee Siew Gaik, 49, adik lelakinya Neoh Jai Jun, 20, serta ibu saudaranya Lim Su See, 52.

Jasad Siew Gaik dan Jai Jun ditempatkan di rumah mereka di Taman Dedap, Butterworth manakala jasad Su See ditempatkan di rumah ibunya juga di taman yang sama. Mereka akan disemadikan di Tanah Perkuburan Cina Sungai Lembu pada Ahad. – BERNAMA

Tags: letupan bom
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

DAP P.Pinang Degil Guna Tema ‘Bersih’ Sambut Merdeka

Next Post

IS: Hishammuddin Sahkan 5 Anggota ATM Antara Ditahan Polis

Related Posts

2 Rakyat Malaysia Cedera Letupan Bom Di Narathiwat

2 Rakyat Malaysia Cedera Letupan Bom Di Narathiwat

07/05/2024
0

Kota Bharu : Dua rakyat Malaysia antara lapan individu cedera dalam kejadian bom motosikal di Jalan Phu Pha Phakdi, Daerah...

Tiada Rakyat Malaysia Terbabit Letupan Bom Di India

Tiada Rakyat Malaysia Terbabit Letupan Bom Di India

02/03/2024
0

KUALA LUMPUR: Tiada rakyat Malaysia terbabit insiden letupan bom yang mencederakan lapan orang di sebuah kafe di hab teknologi di...

Next Post

IS: Hishammuddin Sahkan 5 Anggota ATM Antara Ditahan Polis

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd