• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Terlalu Sensitif Perkembangan Semasa Politik

oleh Ahmad Albab
01/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MARAN – Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang menzahirkan rasa bimbang dengan keadaan rakyat yang terlalu sensitif dengan perkembangan situasi politik semasa negara, meminta mereka supaya bertenang.

Baginda bertitah, Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan yang menjadi kekuatan dan tunjang kepada keharmonian dan keamanan negara selama ini.

“Beta percaya di mana-mana negara di dunia sekalipun, proses untuk mengukuhkan sistem ini sentiasa berjalan dan kita sedang melaluinya. Kita hendaklah mengekalkan sistem ini … walaupun ada berselisih faham dari sudut idealogi dan politik.

“Kita tidak harus berpecah. Kita mesti kembali bersatu dan harus laluinyabersama,” titah baginda pada Majlis Ramah Mesra Aidilfitri 2015 bersama-sama warga kerja Kementerian Sumber Manusia dan penduduk kawasan Parlimen Maran di Arena Tengku Muda Pahang di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot dan timbalannya Datuk Seri Ismail Abd Muttalib.

Tengku Abdullah bertitah rakyat seharusnya memberi ruang kepada kerajaan, khususnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menyelesaikan segala permasalahan yang sedang berlaku, termasuk yang berkaitan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Rakyat kena faham apakah yang sedang dirasai oleh perdana menteri. Letak diri anda dalam kedudukannya. Jika banyak tohmahan dan fakta tak betul … sesiapa pun tidak akan tenteram.

“Saya berharap rakyat Pahang akan kekal di belakang perdana menteri. Saya percaya beliau faham amanah yang diletakkan oleh rakyat dan kerajaan bagi memastikan pentadbiran kerajaan berada di landasan yang betul,” titah baginda.

Tengku Abdullah menambah meskipun bukanlah pakar dalam isu 1MDB, baginda percaya perkara itu telah dimanipulasikan oleh individu tertentu, yang seharusnya dipertanggungjawabkan dalam isu berkenaan.

“Isu 1MDB ini kita kena bersabar dan tunggu sehingga siasatan habis. Tunggu sehingga laporan (dikeluarkan) dan kita perlu ambil tahu tentang laporan itu,” titah baginda.

Baginda berharap mereka yang bertanggungjawab memanipulsikan isu itu dihadapkan ke muka pengadilan.

Dalam majlis itu, Tengku Abdullah turut berkenan menyampaikan sumbangan cek faedah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) berjumlah RM181,198 kepada lima penerima dari daerah Maran. – BERNAMA

Tags: Tengku Abdullah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Datuk Seri Jual Duit Emas Potret Sultan Pahang

09/01/2019
0

KUANTAN - Seorang lelaki bergelar Datuk Seri ditahan selepas dipercayai terbabit dalam urusan penjualan syiling emas menggunakan potret Sultan Pahang,...

Media Arus Perdana Perlu Pantas Tepis Berita Palsu

05/12/2018
0

KUANTAN - Media memain peranan penting untuk menyebarkan sebarang berita dan maklumat penting dengan tepat demi menjamin kestabilan dan keselamatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd