• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Insiden Hanya Diperbesarkan Jika Berlaku Di Johor – TMJ

oleh Ahmad Albab
25/08/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Kalau ia terjadi di negeri lain, tiada pun perkara ini diperbesar-besarkan”.

Demikian titah Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berhubung insiden kekecohan selepas aksi perlawanan Liga Super 2015 di Stadium Larkin baru-baru ini.

Titah baginda, insiden seperti itu akan hanya menjadi kecoh jika ia berlaku di Johor ibarat satu Malaysia dilanda gempa bumi.

Sehubungan itu, baginda tidak berasa kesal jika Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengambil keputusan untuk menolak mata pasukan JDT yang sedang menguasai carta Liga Super akibat kekecohan itu.

“Sejak dahulu lagi semasa saya mulakan kempen untuk `membunuh’ sukan bola sepak tanah air saya pernah beri cadangan kepada FAM dan saya berharap FAM ambil apa tindakan yang patut dan puaskan hati para penyokong yang ingin memajukan sukan bola sepak tanah air.

“Untuk maklumat semua pihak, sebelum ini kekecohan di Perak, Terengganu dan sesetengah negeri lain tiada pun FAM menolak mata. Tetapi jikalau FAM nak menolak mata Johor kerana itu yang penyokong di negeri-negeri lain inginkan, silakan,” titah baginda dalam satu kenyataan hari ini.

Kelmarin, seorang penyokong Perak dilaporkan cedera di bahagian kepala apabila bas yang membawa penyokong pasukan bola sepak itu dibaling dengan objek besi di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdekatan Machap, Johor.

Mohamad Aiman Shafiq Norha, 18, menerima 15 jahitan di dahi kanan selepas terkena objek besi sepanjang 0.5 meter seberat kira-kira dua kilogram yang dibaling dari sebuah kereta.

Kejadian itu dipercayai daripada perbuatan balas dendam oleh segelintir penyokong JDT ke atas kekecohan yang berlaku di Stadium Ipoh beberapa bulan lalu.

Sehubungan itu, Tunku Ismail dalam nada menyindir menasihati FAM supaya mendengar suara-suara penyokong bola sepak Malaysia yang bersama-sama FAM ingin memajukan bola sepak tanah air supaya memotong mata JDT.

“Saya dan penyokong Johor hanyalah pembunuh bola sepak dan tidak setaraf dengan penyokong-penyokong bola sepak sesetengah negeri yang telah berjaya memajukan bola sepak.

“Saya rasa mereka perlu teruskan menyokong FAM untuk memajukan sukan bolasepak, kerana mereka inilah yang berpotensi tinggi sama seperti ketua-ketua mereka di dalam persatuan negeri dan kelab masing-masing,” sindir baginda lagi.

Tunku Ismail dalam pada itu menjemput mereka yang memandang negatif terhadap bola sepak Johor supaya datang ke rumahnya untuk makan nasi campur bersama-sama.

“Mereka dapat peluang untuk meluahkan rasa tidak puas hati dan berkongsi pendapat mereka untuk memajukan bola sepak tanah air kepada saya. Kerana asyik nak bersuara di dalam media sosial sahaja tak guna, sampai kiamat pun tak habis. Berdepan lebih berkesan dan menarik,” titah bginda. – MYNEWSHUB.CC

https://youtu.be/kTyxG-qDUic

Tags: TMJ
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ops Gabungan Elit Johor-GGK Tarik Perhatian

Ops Gabungan Elit Johor-GGK Tarik Perhatian

07/05/2026
0

Oleh Mynewshub  JOHOR BAHRU – Pasukan elit Johor Military Forces (JMF) dan Grup Gerak Khas (GGK) Angkatan Tentera Malaysia mencuri...

Tiga Penerima Biasiswa Orang Muda Johor Ke Universiti Terkemuka Dunia

Tiga Penerima Biasiswa Orang Muda Johor Ke Universiti Terkemuka Dunia

17/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Inisiatif Biasiswa Orang Muda Johor (BOMJ) terus membuktikan komitmen kerajaan negeri dalam melahirkan generasi muda bertaraf global...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd