• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hukuman Berat Akibat Rokok Seludup

oleh Ahmad Albab
22/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Seremban – Tiga peniaga termasuk seorang warga Indonesia dipenjara dan didenda RM8,200 di Mahkamah Majistret, di sini, semalam, selepas mengaku bersalah terhadap tuduhan memiliki rokok seludup.

P Santhirasegar, 38, R Thiagarjan, 59, dan Irwan, 27, didakwa melakukan kesalahan itu di premis perniagaan berasingan di daerah Seremban dan Nilai, dekat sini, pada 17 dan 18 Ogos lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 dan boleh dikenakan denda minimum iaitu 10 kali ganda daripada nilai rampasan serta tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Penolong Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dari Unit Pendakwaan, Zalliza Arip.

Majistret Siti Khairiah Abdul Razak mengenakan denda RM2,500 terhadap Santhirasegar yang juga pemilik kedai runcit di Taman Desa Anggerik, Senawang, di sini, kerana memiliki 80 peket rokok seludup bernilai RM148.

Kesalahan itu dilakukan dengan menjual pelbagai jenis rokok seludup Canyon dan U2 serta rokok keretek Nusantara dan Surya, kira-kira jam 11.30 pagi, Isnin lalu.

Sementara itu, Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh mengenakan denda RM1,800 terhadap Thiagarjan selepas mengaku bersalah memiliki 42 peket rokok seludup bernilai RM91.24 di sebuah pasar mini di Taman Semarak 2, Nilai, dekat sini.

Kesalahan itu dilakukan pada jam 12.10 tengah hari Selasa lalu dan mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara enam bulan jika gagal bayar denda.

Di mahkamah sama, seorang lagi tertuduh, Irwan dijatuhi hukuman penjara empat hari dan denda RM3,900 selepas mengaku bersalah memiliki 105 peket rokok seludup bernilai 196.16 di kedai runcit Taman Semarak, Nilai, pada hari sama.

Dalam satu operasi Isnin lalu, cubaan dua peniaga di Taman Semarak, di Nilai, dekat sini, menyorok rokok seludup di rak premis gagal mengaburi mata anggota penguat kuasa JKDM.

Dalam serbuan kira-kira jam 12 tengah hari di dua premis bersebelahan itu, pihak berkuasa menemui lebih 40 kotak rokok seludup pelbagai jenama yang disorok.

Antara rokok seludup dirampas berjenama NYX, Supernova, Canyon, Djarum Super, Gudang Garam Surya, Nusantara dan John Super.

Selain itu, mereka turut menemui dan merampas lebih 25 minuman keras dalam tin. – myMetro Online

Tags: KPDNKKRokok
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Cukai Rokok: ‘Kenaikan 2 Sen Terlalu Kecil, Tidak Akan Ubah Tingkah Laku Pengguna’ – MyWATCH

Cukai Rokok: ‘Kenaikan 2 Sen Terlalu Kecil, Tidak Akan Ubah Tingkah Laku Pengguna’ – MyWATCH

11/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Tindakan Wanita Malaysia bagi Kawalan Tembakau dan Kesihatan (MyWATCH) menggesa supaya hasil tambahan daripada duti eksais ke...

2 Lelaki Ditahan Jual Arak, Rokok Tidak Bercukai

2 Lelaki Ditahan Jual Arak, Rokok Tidak Bercukai

09/09/2025
0

Klang: Polis membongkar kegiatan menjual rokok dan minuman keras tidak bercukai secara runcit selepas menyerbu sebuah rumah dan kedai di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd