• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hazami Terlantar Di ICU, Hidap Pendarahan Dalam Usus

oleh AK-47
10/08/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

INDUSTRI hiburan hari ini dikejutkan dengan berita pencipta lagu dan penyanyi bersuara emas, Hazami yang kini terlantar di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat menghidap pendarahan dalam usus.

Menurut abangnya, Azhary Ahamad, Hazami pada mulanya hanya mengadu sakit perut kira-kira pukul 11 malam tadi dan meminta bantuan seorang rakan untuk membawa dirinya ke klinik.

“Dia mula mengadu sakit perut dan mahu ke klinik untuk mendapatkan rawatan sejak semalam. Tetapi ketika itu dia menghubungi kawannya untuk membawanya ke klinik. Sebelum ke klinik pun, dia sudah pitam.

“Semasa tiba di klinik, dia sekali lagi pengsan dan keluar darah dari bahagian ususnya menyebabkan doktor meminta ia dirujuk ke hospital. Pada sebelah malamnya, dia dimasukkan ke ICU, ” katanya.

Tambah Azhari, selepas dimasukkan Pusat Perubatan Tropicana Damansara, doktor mengesahkan Hazami perlu menjalani pembedahan kerana penyakit tersebut boleh menjadi kanser jika tidak diubati dengan segera.

“Dia berada dalam keadaan yang sangat lemah. Doktor masih belum pasti bilakah pembedahan itu dapat dilakukan. Ia bergantung kepada keadaan Hazami,” ujarnya.

Difahamkan, buat masa ini penyanyi Winter Sonata ini sedang dipantau oleh satu unit khas pusat perubatan itu dan tiada sesiapa dibenarkan melawat melainkan ahli keluarga terdekat sahaja.

Kita doakan moga pembedahan Hazami  berjalan lancar dapat segera pulih seperti sedia kala. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: CARRIE

Sumber: Berita Harian

https://www.youtube.com/watch?v=SRRnpsIZY9U

Tags: HazamiUsus
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hazami Risau Duet Dengan Aishah

02/07/2018
0

TIDAK hanya menghasilkan lagu terbaru Aishah, Malar, kerjasama antara Hazami dengan juara Gegar Vaganza musim keempat itu berlanjutan apabila mereka...

Lelaki Hidap Sembelit Masuk Terung Dalam Usus

05/06/2018
0

PELIK… Seorang lelaki memasukkan sebiji terung ke dalam ususnya dengan alasan mahu mengubati penyakit sembelit yang dialaminya. Malangnya, lelaki yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd