• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hari Kebangsaan Bukan Pentas Perselisihan Politik – Najib

oleh Ahmad Albab
28/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Hari Kebangsaan tidak seharusnya dijadikan pentas perselisihan politik sekalipun terdapat perbezaan pendapat atau fahaman.

Merujuk kepada sebuah perhimpunan yang dirancang diadakan pada masa dan tempat persediaan sambutan Hari Kebangsaan akan dijalankan, Najib berkata penganjur perhimpunan sepatutnya memilih waktu dan kawasan yang tidak mencetus provokasi.

“Dalam masa beberapa hari lagi kita akan menyambut hari kemerdekaan yang ke-58. Ia hari di mana semua rakyat mengenepikan perbezaan dan sama-sama meraikan dengan penuh rasa patriotik dan cinta akan negara.

“Apakah wajar perhimpunan ini dijalankan pada masa dan tempat yang begitu hampir dengan hari kemerdekaan kita? Fikirkanlah,” katanya menerusi siaran audio yang dimuat naik di laman web www.najibrazak.com hari ini.

Perdana Menteri berkata rakyat harus sedar bahawa ramai pihak yang berhak menerima penghormatan dan penghargaan menjelang sambutan Hari Kebangsaan.

Ia termasuk wira-wira negara yang pernah memperjuangkan kemerdekaan sehinggalah kepada warga sekolah, pihak logistik dan seluruh kontinjen perarakan yang bertungkus lumus membuat persediaan meraikan Hari Kebangsaan, katanya.

Polis mengisytiharkan perhimpunan Bersih 4.0 yang dirancang diadakan hujung minggu ini sebagai haram kerana tidak memenuhi syarat apabila pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak membenarkan perhimpunan itu diadakan di sekitar ibu kota khususnya Dataran Merdeka. – BERNAMA

 

Tags: Hari KebangsaanNajib Tun Razak
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Penutupan Sementara Ruang Udara Sempena Hari Kebangsaan – CAAM

Penutupan Sementara Ruang Udara Sempena Hari Kebangsaan – CAAM

25/08/2025
0

Putrajaya: Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) hari ini mengumumkan penutupan ruang udara di Kawasan Kawalan Terminal Kuala Lumpur dari...

4 Negeri Di Bawah PN Mungkin Guna Logo, Tema Hari Kebangsaan Berbeza

4 Negeri Di Bawah PN Mungkin Guna Logo, Tema Hari Kebangsaan Berbeza

19/08/2023
0

KUALA LUMPUR: Empat negeri di bawah pemerintahan Perikatan Nasional (PN) mungkin menggunakan logo dan tema Hari Kebangsaan yang berbeza untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd