KATHMANDU – Gempa bumi berukuran 4.9 pada skala Richter mengegarkan Nepal awal pagi Isnin.
Menurut Pusat Seismologi Negara (MSN), gegaran itu melanda Nepal sebaik selepas subuh dengan pusat gempa di Gorkha, berhampiran dengan pusat gempa yang berlaku pada 25 April lepas.
Kesan gegaran dirasai dengan ketara di Gorkha, Dhading dan Kathmandu.
Sesetengah penduduk di Kathmandu dan Gorkha berpindah rumah sambil menjerit ketika gegaran berlaku.
Bagaimanapun, tiada kerosakan baharu dilaporkan setakat ini.
Lok Bijaya Adhikari dari MSN berkata ini merupakan gegaran susulan selepas gempa bumi pada 25 April lepas.
Gempa susulan dirasai setiap hari di Nepal sejak gempa bumi pada 25 April lepas.
Lebih 30,000 gempa susulan telah direkodkan MSN kejadian gempa bumi itu dengan 268 daripadanya melebihi ukuran 4 pada skala Richter.
Gempa bumi berukuran 7.9 pada skala Richter yang melanda Nepal pada 25 April lepas, mengorbankan sebanyak 9,012 penduduk dan merosakan harta benda bernilai US$6.99 bilion.
Nepal merupakan zon seismologi gempa bumi tinggi memandangkan banjaran Himalaya berada antara plat geologi antara India dan Tibet yang menolak antara satu sama lain sehingga menyebabkan geseran, kata Adhikari. – BERNAMA
https://youtu.be/RIcZJHOSWBA

