• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Felda Bina Lebih Banyak Rumah Generasi Kedua – PM

oleh Ahmad Albab
30/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA NERUS – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan harga baharu rumah untuk generasi kedua Felda yang boleh dibeli dengan harga antara RM60,000 hingga RM70,000 seunit.

Najib berkata sebelum ini di bawah Program Perumahan Generasi Kedua Felda, beliau telah mengumumkan penurunan harga rumah dari RM120,000 kepada RM90,000 untuk pembinaan kira-kira 20,000 unit rumah untuk generasi kedua peneroka.

“Pada masa akan datang, kita akan bina lebih banyak rumah dalam lingkungan RM60,000 ke RM70,000, kita kurangkan sedikit bahan dan reka bentuk daripada 1,100 kaki persegi kepada 850 kaki persegi, yang mustahak rumah mampu disewa dan dibeli generasi kedua Felda,” katanya ketika berucap merasmikan majlis sambutan Hari Peneroka Felda peringkat Kebangsaan 2015 bertema “Mensyukuri Nikmat” di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Gong Badak di sini.

Najib berkata beliau yakin program baharu itu akan mendapat sambutan yang baik daripada anak-anak peneroka Felda yang masih lagi mencari rumah sendiri.

Menurutnya apa yang dilakukan kerajaan untuk golongan peneroka Felda hari ini adalah sesuai dengan kehendak dan keperluan semasa.

Najib berkata kerajaan banyak membantu golongan peneroka Felda kerana mereka adalah kumpulan yang tahu menilai erti “mensyukuri nikmat” yang diperoleh mereka hari ini.

Katanya peneroka Felda sedar sejak 59 tahun lalu, hanya kerajaan sedia ada hari ini yang mampu mengubah nasib mereka di kawasan luar bandar.

“Sebab yakin kerajaan boleh membantu mereka, hari ini mereka menuai, dulu merangkak bertatih, kini kita mampu bersaing di peringkat dunia, siapa berjasa kepada peneroka Felda, adakah yang buat perhimpunan Bersih 4 itu nak bantu orang di luar bandar…tidak,” katanya.

Selain bantuan projek perumahan, beliau berkata banyak lagi bantuan kerajaan untuk generasi baharu golongan peneroka Felda akan dilaksanakan sebagaimana yang diperuntukkan dalam bajet 2015 seperti bantuan pengajian tinggi generasi baru RM51.5 juta dan banyak lagi bantuan lain.

“Di bawah program dana khas pelajar cemerlang Felda, seramai 11 anak, cucu dan kakitangan peneroka Felda mendapat tempat di beberapa universiti terkemuka di luar negara termasuk tiga orang dalam bidang perubatan di Royal College of Surgeons di Ireland,” katanya.

Sementara itu, Najib berkata beliau yakin Felda akan terus berkembang maju ke hadapan walaupun telah menempuh pelbagai cabaran dan dugaan sejak 59 tahun lalu dan ketika ini berhadapan dengan kejatuhan saham dan harga minyak sawit dunia.

Katanya baru-baru ini Presiden Indonesia Jokowi menyatakan sokongan dengan cadangan kerjasama antara Malaysia dan Indonesia melalui Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) dengan Rajawali Group untuk mengambil kepentingan dalam PT Eagle High Plantation (EHP).

Pada masa ini, EHP memiliki 425,000 hektar tanah dengan 67 peratus di Kalimantan dan selebihnya di Papua New Guinea (9 peratus), Sulawesi (19 peratus) dan Sumatera (5 peratus).

“Kalau Malaysia dan Indonesia bergabung tenaga kita akan jadi pengeluar utama sawit iaitu 85 peratus di dunia,” katanya. – BERNAMA

https://youtu.be/fSf1w5Mmi5o

Tags: FeldaNajib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tan Sri Ahmad Badri Pengerusi Baharu FELDA

Tan Sri Ahmad Badri Pengerusi Baharu FELDA

15/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) mengumumkan pelantikan Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir sebagai Pengerusi FELDA yang...

Ada ‘Tangan Ghaib’ Halang Sambutan Hari Peneroka FELDA Negeri Johor – Onn Hafiz

Ada ‘Tangan Ghaib’ Halang Sambutan Hari Peneroka FELDA Negeri Johor – Onn Hafiz

24/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi mendedahkan terdapat 'tangan ghaib' menghalang Sambutan Hari Peneroka FELDA Negeri Johor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd