• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Enggan Bersentuhan, Izzue Islam Bukan Nak Berlagak Alim

oleh AK-47
18/08/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

HANYA gara-gara menetapkan pendirian untuk tidak bersentuhan dengan bukan mahram ketika berlakon, pelakon popular yang juga anggota kumpulan Forteen iaitu Izzue Islam terpaksa berhadapan dengan pelbagai spekulasi dan kontroversi yang timbul mengaitkan isterinya, Awin Nurin.

Antara dakwaan yang menjadi buah mulut dalam industri hiburan adalah Awin selaku pengurus mempunyai sikap tidak professional kerana cemburu dan suka mengongkong.

Sabar dengan segala kritikan, Awin sebelum ini turut menyatakan perasaan kesal berhubung segala tohmahan terhadap dirinya.

Bagi Izzue Islam pula, keputusannya ini adalah tepat bagi menjaga statusnya sebagai seorang suami serta memenuhi tuntutannya sebagai seorang yang beragama Islam.

“Saya bukan nak berlagak alim atau tunjuk bagus tetapi ia hak peribadi dan amat berharap ia dihormati.

“Saya mengambil pendirian ini bagi menjaga hati isteri dan keluarga selain ingin menjaga status sebagai seorang suami dan tuntutan sebagai seorang Islam.

“Alhamdulillah, perkara ini akhirnya dipermudahkan sedikit demi sedikit. Bagi saya prinsip ini semua saya buat atas nama agama Islam, selain status saya sendiri.

“Apa-apa pun yang saya lakukan perkara sebegini tidak boleh diambil mudah dan ia memang berkait rapat dengan agama,” katanya kepada BH Plus.

Dalam pada itu, aktor kacak ini mengakui pada awalnya tidak semua pihak menerima pendiriannya itu namun lama kelamaan diterima oleh pihak produksi, pengarah dan peminatnya.

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: CARRIE

Sumber: Berita Harian

https://www.youtube.com/watch?v=cAxVIZYv9Pc

Tags: IZZUE ISLAM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Izzue Islam Mengaku Punyai Kelemahan Vokal

01/11/2018
0

PENYANYI Izzue Islam mengakui dia antara yang lemah daripada segi vokal dalam kalangan anggota kumpulannya, Forteen. Izzue atau nama sebenarnya...

Izzue Islam Berang Awin Dituduh Amal Ilmu Hitam

15/05/2018
0

PENYANYI kumpulan Forteen, Izzue Islam mengakui berang dengan tindakan individu tidak bertanggungjawab yang menuduh isterinya iaitu Awin Nurin mengamalkan ilmu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd