• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dihukum Gantung Kerana Bunuh Eksekutif Pemasaran

oleh Ahmad Albab
09/08/2015
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Seorang jurujual kereta dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah membunuh seorang eksekutif pemasaran, pada 2006.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab membuat keputusan itu setelah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap tertuduh, Shahril Jaafar, 34, di akhir kes pembelaan.

Shahril, yang memakai baju berwarna biru, kelihatan tenang ketika keputusan dibacakan dan memeluk ahli keluarganya setelah prosiding selesai.

Shahril, didakwa membunuh Chee Gaip Yap, 25, yang juga graduan Universiti Utara Malaysia (UUM) itu, pada 14 Januari 2006 antara pukul 5.30 petang dan 3.05 pagi 15 Januari 2006 di kawasan Kelab Cinta Sayang, Sungai Petani.

Jurujual itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. Sebelum itu dia ditahan bagi membantu siasatan kes rogol dan membunuh eksekutif pemasaran itu.

Mayat Chee ditemui pada awal pagi 15 Januari 2006 dalam keadaan separuh bogel di Jalan Kelab Cinta Sayang dan dipercayai dirogol. Kejadian berlaku semasa Chee berjoging bersama adik perempuannya berusia 24 tahun.

Pada 25 Jun 2013, Shahril terlepas hukuman mati mandatori apabila Mahkamah Tinggi Alor Setar membebaskan beliau daripada tuduhan tersebut, bagaimanapun pada 13 Oktober tahun lepas, Mahkamah Rayuan memerintahkan tertuduh membela diri terhadap pertuduhan berkenaan.

Mohd Zaki dalam penghakimannya berkata keterangan saksi pembelaan ketiga iaitu bapa tertuduh dalam perbicaraan bercanggah dengan pihak polis ketika dalam siasatan.

“Keterangan saksi ketiga sebenarnya hanya menafikan telah membuat kenyataan berkaitan, dan tidak sebenarnya membuat penjelasan bagaimana keterangan tersebut wujud. Saksi telah gagal memberikan penjelasan tentang keterangan tersebut, di dalam keadaan kes ini, kebolehpercayaan dan keterangan saksi tertolak, tidak boleh dipertimbangkan,” katanya.

Kes itu mendapat perhatian umum kerana Shahril, anak seorang ahli perniagaan bergelar ‘Datuk’, melarikan diri ke Perth pada 2006 sehingga mendapat taraf pemastautin tetap Australia.

Dia mengambil kesempatan melarikan diri selepas dibebaskan dengan jaminan polis sementara menunggu keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) diketahui dan diberkas semula oleh polis sejurus tiba dari Perth di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 17 Januari 2012.

Pendakwaan dikendalikan Ketua Pendakwa Raya Negeri Kedah, Salim Soib manakala tertuduh diwakili peguam bela Shamshul Sulaiman. – BERNAMA

Tags: hukum gantung
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Adik Ipar, Isteri Bunuh Suami OKU Dihukum Gantung

Adik Ipar, Isteri Bunuh Suami OKU Dihukum Gantung

21/09/2023
0

SHAH ALAM : Tindakan kejam seorang wanita berkomplot bersama adik lelakinya bagi membunuh suami sendiri yang merupakan Orang Kurang Upaya...

Iran Hukum Gantung 5 Lelaki Kerana Merogol

Iran Hukum Gantung 5 Lelaki Kerana Merogol

09/08/2023
0

TEHRAN: Lima lelaki dihukum gantung, hari ini, selepas disabitkan kesalahan merogol seorang wanita secara berkumpulan di barat laut negara itu,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd