• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dana Politik Yang Diterima Hak Eksklusif Presiden Dan Bendahari

oleh Ahmad Albab
16/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEPALA BATAS – Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata dana politik yang diterima adalah hak eksklusif presiden dan bendahari parti dan tidak dibincangkan secara terbuka.

Beliau berkata malah perkara berkaitan dana politik tidak pernah dibincang dalam perjumpaan tertutup parti dan majlis tertinggi UMNO.

“Waktu saya jadi timbalan Pak Lah (bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi), saya tidak pernah menyoal Pak Lah. Saya tahu itu adalah urusan presiden parti.

“Sampai sahaja pilihan raya fulus (duit) cukup, itu saja yang kita nak tahu … bagaimana presiden dapat dana, siapa bagi sumbangan itu hak budi bicara presiden. Kenapa pula nak dipersoalkan waktu saya jadi presiden parti,” katanya.

Berucap merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Kepala Batas di sini, Perdana Menteri berkata selaku presiden UMNO beliau mengamalkan prinsip yang sama dengan presiden parti terdahulu.

“Apa yang saya buat adalah untuk kepentingan parti dan bukan untuk peribadi … apa yang saya buat tidak menyalahi undang-undang negara,” katanya.

Najib berkata sepanjang menjadi timbalan kepada Abdullah, beliau tidak pernah menyoal bekas presiden UMNO itu atas urusan-urusan yang diketahui menjadi hak dan budi bicara presiden parti.

Begitu juga dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, katanya beliau mempertahankan Dr Mahathir selama 22 tahun sebagai perdana menteri.

Menjawab kenyataan Dr Mahathir yang beliau membelanjakan RM10 juta sahaja untuk menghadapi pilihan raya, Najib berkata: “Kalau buat statement (kenyataan) tu mestilah munasabah, dia belanja RM10 juta sahaja.

“Saya dah congak deposit kerusi Parlimen dengan DUN (Dewan Undangan Negeri) perbelanjaan minimum RM41 juta … tak termasuk lagi billboard (papan iklan).

“Kalau nak kritik mestilah ada asas, masuk akal, (ini) malah tidak rasional langsung,” katanya.

Pada majlis itu, Najib turut mengumumkan kelulusan projek pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan Bertam Putra bernilai RM36 juta, Sekolah Kebangsaan Bertam Putra (RM25 juta) serta projek naik taraf jalan dari Jambatan Tuanku Abdul Rahman ke Jambatan Merdeka Seberang Perai Utara, daripada dua lorong menjadi empat lorong. – BERNAMA

Tags: dana politikNajib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd