• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cubaan Seludup Keluar Minuman Keras Di Pulau Pinang Gagal

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Pasukan Polis Marin Wilayah 1 Pulau Pinang berjaya mematahkan cubaan oleh satu kumpulan warga Indonesia untuk menyeludup keluar 5,520 botol minuman keras bernilai RM400,000 menerusi Pelabuhan Weld Quay di sini Jumaat petang.

Dalam Ops Gelora pada 4 petang itu, lima lelaki Indonesia telah ditahan selepas mereka gagal menunjukkan sebarang dokumen pengenalan diri serta dokumen pemilikan dan jual beli minuman keras yang disimpan di dalam bot mereka.

Timbalan Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 1 Pulau Pinang, Supt Dimin Awang berkata pasukan polis yang bertindak atas maklumat telah menyerbu sebuah bot ‘barter trade’ yang dinamakan ‘Zaguar Perkasa III’ yang berlabuh di perairan itu.

Katanya hasil siasatan mendapati bot tersebut mengalam kerosakan dan terpaksa berlabuh sementara menunggu untuk diperbaiki.

“Sepasukan anggota telah membuat serbuan ke atas bot berkenaan dan berjaya menemui 430 kotak mengandungi botol minuman keras yang disorokkan di bahagian bawah bot berkenaan,” katanya kepada pemberita di sini Sabtu.

Dimin berkata kapten bot berkenaan juga gagal menunjukkan sebarang bukti pembelian dan dokumen percukaian daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Beliau berkata minuman keras berkenaan dipercayai diambil daripada zon bebas cukai di Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT) untuk diseludup ke Indonesia.

Katanya kesemua minuman keras itu dianggarkan bernilai RM400,000. – BERNAMA

 

https://www.youtube.com/watch?v=7oN_aAFR2As

Tags: minuman kerasPulau Pinang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Projek Pengangkutan RM21 Bilion Untuk Pulau Pinang, Anthony Loke Perlu Jelaskan Agihan 13 Negeri Lain

Projek Pengangkutan RM21 Bilion Untuk Pulau Pinang, Anthony Loke Perlu Jelaskan Agihan 13 Negeri Lain

23/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa mendedahkan jumlah keseluruhan projek pengangkutan yang diluluskan kepada 13 negeri lain susulan dakwaan Pulau Pinang...

Perayaan ‘Hungry Ghost Festival’ Diiktiraf Warisan Negeri

Perayaan ‘Hungry Ghost Festival’ Diiktiraf Warisan Negeri

03/09/2026
0

GEORGE TOWN - Perayaan Teong Guan Phor Thor yang dikenali sebagai ‘Hungry Ghost Festival' diiktiraf sebagai Warisan Negeri dalam usaha...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd