• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bomba Selamatkan 2 Kanak-Kanak Terperangkap Dalam Rumah

oleh Ahmad Albab
08/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Tindakan pantas bomba dapat menyelamatkan dua kanak-kanak lelaki, masing-masing berusia 14 dan 6 tahun yang terperangkap dalam sebuah rumah yang sedang marak terbakar di Seksyen 10 di sini hari ini.

Dalam kejadian 9 pagi itu, mangsa Zariq Azraei Zainuddin, 14 dan adiknya Adam Narwas Zainuddin, 6, yang tidak mengalami kecederaan serius, berada di bahagian dapur rumah terbabit dan tidak dapat keluar kerana pintu itu berkunci.

Bapa mangsa, Zainuddin Abdul Wahab, 41, berkata ketika kejadian beliau dan isteri, Noorlaila Abdul Majid, 41, serta seorang lagi anak mereka dalam perjalanan ke Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR), Kuala Lumpur untuk berniaga sementara Zariq Azraei dan Adam Narwas tinggal dirumah.

“Saya difahamkan api mula merebak di bahagian depan rumah. Disebabkan api terlalu marak, kedua-dua anak saya cuba keluar melalui pintu dapur, namun pintu tersebut berkunci.

“Kunci itu saya letakkan di atas pintu, mungkin kedua-duanya panik dan gagalcari kunci terbabit,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian.

Kata Zainuddin, beliau bersyukur kerana kedua-dua anaknya itu selamat berikutan tindakan pantas anggota penyelamat.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harun berkata jentera pertama tiba di tempat kejadian 9.20 pagi selepas pihaknya dimaklumkan dua kanak-kanak terperangkap di bahagian dapur rumah terbabit.

Menurutnya, pihak bomba telah masuk ke dalam rumah dalam keadaan api sedang marak bagi menyelamatkan mangsa. Kebakaran dapat dikawal sepenuhnya dalam masa kurang daripada 20 minit.

Kebakaran itu turut merebak ke dua rumah yang terletak bersebelahan, dengan kerosakan kira-kira 30 peratus.

“Seramai 23 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam dan Bukit Jelutong terlibat dalam operasi dan dibantu oleh tiga anggota Perkhidmatan Respons Perubatan Kecemasan (EMRS).

“Kedua-dua kanak-kanak itu tidak mengalami kecederaan serius dan telah dibawa ke hospital berdekatan untuk rawatan lanjut. Punca dan nilai kerugian masih dalam siasatan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Bomba
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Macam Ini Pun Ada….Jari Tersepit Butang Flush Tandas

Macam Ini Pun Ada….Jari Tersepit Butang Flush Tandas

05/05/2026
0

PETALING JAYA – Tindakan pantas anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berjaya menyelamatkan seorang wanita yang mengalami insiden jari tersepit...

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

31/01/2026
0

ALOR GAJAH: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka membantu menghantar seorang lelaki obes seberat 350 kilogram ke Hospital Alor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd