Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Gaji KM, 10 Exco...

GEORGE TOWN - Kerajaan Pulau Pinang hari ini memutuskan gaji ketua menteri dan...

NGO Boleh Main Peranan...

TAWAU - Badan bukan kerajaan (NGO) boleh memainkan peranan dalam usaha membanteras rasuah...

Pandelela Berjaya Raih Emas...

RATU terjun negara, Pandelela Rinong mempamerkan aksi hebat untuk meraih pingat emas dalam...

Lelaki Ditahan Kerana Beromen...

DUNIA yang kita diami hari ini dipenuhi pelbagai peristiwa dan kejadian pelik.Semakin...

Bomba Jumpa Hos Sambungan Dipercayai Untuk Letupkan Rumah

SUNGAI PETANI – Panggilan kecemasan daripada orang ramai mengenai kebocoran gas di sebuah rumah, membawa kepada penemuan hos sambungan yang dipercayai digunakan untuk meletupkan rumah tersebut di Lorong 2/1, Taman Sinar Indah, di sini, malam tadi.

Komander operasi, Rosdi Ismail berkata, bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.40 malam, sebelum sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Petani tiba di lokasi pada pukul 7.47 malam.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, didapati tiada kebocoran gas di rumah tersebut berlaku, sebaliknya terdapat dua tong gas dengan sambungan hos gas di dalam rumah yang disalurkan ke dalam mesin basuh di luar rumah, dipercayai bertujuan menyebabkan berlakunya letupan,” katanya.

Rosdi berkata, bagaimanapun, tiada penghuni di rumah terbabit ketika kejadian dan tiada letupan atau perkara tidak diingini berlaku.


Bomba bersedia di lokasi sehingga operasi tamat pada pukul 8.57 malam dan kes diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan, katanya. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=vcM61bCQsl0

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori