Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Gadis Siam Lunyai Digasak...

SEORANG wanita Thailand dibogelkan secara paksa dan dipukul beramai-ramai tanpa belas kasihan oleh...

Presiden PAS Wajar Saman...

KUALA LUMPUR - Pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Kamarul Zaman Yusoff berpandangan...

Covid-19: Kluster Meninggal Di...

KLUSTER baharu Covid-19 dikesan di sebuah rumah di Sabah membabitkan satu kematian dan...

Christchurch Digempar Insiden Tembakan...

CHRISTCHURCH - Polis New Zealand dilapor sedang berdepan dua insiden kritikal di Christchurch...

Bomba Cari Budak Dikhuatiri Lemas Diserang Histeria

Tawau – Usaha mencari dan menyelamat (SAR) Muhd Famirul Aiman Rahman berusia tiga tahun yang dikhuatiri lemas di Kampung Taman Rainbow, di sini, kelmarin, bertukar kelam-kabut apabila seorang anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) tiba-tiba meracau dipercayai akibat histeria.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, penyelamat wanita berusia 20 tahun dikatakan menyusuri kawasan belukar sekitar sungai Tawau itu sebelum tiba-tiba rebah tidak sedarkan diri.

Sebaik tersedar, anggota terbabit dikatakan mula meracau dan bertindak di luar kawalan sehingga memaksa rakan setugas lain menenangkannya.

Menurut sumber, ketika kejadian mangsa dan beberapa anggota bersiap-siap mengemas selepas operasi ditangguhkan berikutan cuaca yang semakin gelap.

“Bagaimanapun, mangsa tiba-tiba rebah dan sebaik tersedar, dia meracau dan bercakap dalam suara yang garau dan kasar.

“Sepanjang meracau, anggota wanita ini memberitahu kanak-kanak yang hilang disorokkan di rimbunan pokok buluh di hadapan rumah mangsa,” katanya, semalam.


Sumber berkata, berikutan keadaan semakin tidak terkawal, anggota terpaksa memanggil ustaz bagi memulihkan semangat mangsa.

“Ketika cuba dipulihkan, mangsa turut meminta keluarga kanak-kanak itu menyediakan darah ayam dan pulut kuning sebagai syarat untuk ‘beredar’.

“Bagaimanapun, mangsa akhirnya dipulihkan selepas hampir enam jam diserang histeria,” katanya.

Mangsa dihantar pulang ke rumahnya untuk berehat. – myMetro Online

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori