• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, August 12, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Boeing Hantar Pasukan Teknikal Kaji Serpihan Pesawat

oleh Ahmad Albab
03/08/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW YORK – Boeing menghantar satu pasukan teknikal ke Perancis untuk meneliti serpihan bahagian pesawat yang dipercayai datang daripada pesawat 777 pernah digunakan MH370 milik Penerbangan Malaysia (MAS).

“Atas permintaan pasukan penyiasat penerbangan awam, Boeing akan menghantar satu pasukan teknikal untuk meneliti komponen yang ditemui di Pulau Reunion,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan pada Jumaat.

“Matlamat kami seperti juga yang dizahirkan seluruh peserta industri penerbangan, bukan saja akan terus mencari pesawat berkenaan, malah menentukan apa yang terjadi dan kenapa,” kata syarikat itu lagi.

Boeing bagaimanapun tidak mengulas lebih lanjut mengenai bilangan kakitangan teknikal yang dihantar untuk menyiasat penemuan komponen berkenaan.

Pihak berkuasa setakat ini ‘semakin yakin’ serpihan komponen yang ditemui di pulau pentadbiran Perancis di Lautan Hindi itu adalah daripada pesawat malang berkenaan.

Serpihan itu sudah dibawa ke sebuah pusat penyelidikan Kementerian Pertahanan Perancis di Toulouse.

Pihak berkuasa Malaysia setakat ini yakin serpihan itu adalah daripada sebuah Boeing 777, pesawat yang digunakan penerbangan MH370.

Pegawai Perancis berkata analisis bahagian sayap pesawat itu akan dilaksanakan Rabu ini bersama dengan penyelidikan terhadap sebuah beg pakaian yang ditemui tidak jauh daripada serpihan itu.

Pesawat MH370 bersama 239 orang di dalamnya, hilang pada 8 Mac 2014 ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, China. – AFP

Tags: BoeingMH370
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Malaysia Terus Cari Opsyen Tuntut Keadilan Mangsa MH17

Next Post

Lelaki Didakwa Bunuh Teman Wanita Hari Raya Kedua

Related Posts

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

08/03/2025
2

KUALA LUMPUR: Hari ini, genap 11 tahun pesawat Malaysia Airlines MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 kru hilang ketika...

MH370: Kerajaan Setuju Terima Tawaran Ocean Infinity Teruskan Pencarian

MH370: Kerajaan Setuju Terima Tawaran Ocean Infinity Teruskan Pencarian

20/12/2024
0

PUTRAJAYA - Kerajaan bersetuju menerima tawaran daripada syarikat Ocean Infinity (United Kingdom) untuk meneruskan pencarian dasar laut bagi mengesan bangkai...

Next Post

Lelaki Didakwa Bunuh Teman Wanita Hari Raya Kedua

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd