• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bersih 4 “Hari Kemarahan Rakyat” – PKR

oleh Ahmad Albab
20/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kelihatan cukup terdesak untuk membebaskan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada penjara Sungai Buloh hingga sanggup memperjudikan masa depan negara.

Reaksinya itu jelas kelihatan kerana merayu kepada seluruh rakyat Malaysia supaya bangkit menunjukkan kemarahan melalui demonstrasi jalanan bagi melumpuhkan kerajaan pada 29 dan 30 Ogos ini untuk membuka peluang kepada pesalah kes liwat itu dibebaskan.

“Masanya telah tiba untuk rakyat Malaysia menyuarakan kemarahan. Marilah kita bersama-sama bangkit dan turut serta dalam perhimpunan Bersih 4 di Kuala Lumpur, Kuching dan Kota Kinabalu pada 29 dan 30 Ogos ini,” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Wan Azizah bagaimanapun memberi alasan kepada orang ramai perhimpunan itu kononnya bukan bertujuan untuk membebaskan Anwar sebaliknya untuk menyelamatkan rakyat Malaysia yang sedang ditindas secara zalim oleh kerajaan.

Beliau mendakwa, perhimpunan itu juga kononnya bertujuan menyelamatkan negara yang kini diambang kemusnahan yang mengancam masa depan generasi masa depan Malaysia.

“Faktor terpenting dalam usaha ini ialah kemahuan dan kemarahan rakyat. Adakah kita mahu anak cucu kita terus hidup ditindas dan dibelenggu pelbagai masalah yang kita hadapi hari ini,” dakwanya. – MYNEWSHUB.CC

https://youtu.be/JOhiKHuoX18

Tags: Bersih 4.0
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Arahan Menteri Haram Kemeja-T Bersih Tak Munasabah

29/08/2016
0

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan di sini hari ini memutuskan bahawa perintah menteri dalam negeri untuk mengharamkan penggunaan kemeja-T kuning Bersih...

Bersih 4.0: 19 Februari Untuk Keputusan Semakan Kehakiman

02/02/2016
0

SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 19 Februari ini untuk keputusan permohonan semakan kehakiman yang difailkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd