• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bersih 4.0: 500 Anggota DBKL Kawal Trafik, Keselamatan

oleh Ahmad Albab
18/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebanyak 500 anggota Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengawal lalu lintas dan keselamatan awam dalam Perhimpunan Bersih 4.0 yang akan diadakan serentak dengan persiapan dan sambutan Hari Kebangsaan.

Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Mhd Amin Nordin Abd Aziz berkata pihaknya akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memantau peserta perhimpunan yang dijangka berkumpul seawal 2 petang pada 29 Ogos sehingga pukul 12 tengah malam 30 Ogos.

“DBKL akan bantu polis dalam apa jua situasi dan pantau selama 24 jam khususnya dari segi kawalan trafik, kawalan keselamatan orang ramai dan aset yang melibatkan DBKL seperti penghalang jalan dan tanaman,” katanya dalam sidang media di sini, Selasa.

Mhd Amin berkata DBKL telah meminta penganjur agar tidak menggunakan Dataran Merdeka dan Padang Merbuk sebagai lokasi perhimpunan dan mencadangkan ia diadakan seminggu selepas Hari Kebangsaan.

“Kedua-dua kawasan itu digunakan untuk persiapan dan raptai sambutan Hari Kebangsaan…ia juga hanya dikhaskan untuk acara-acara peringkat nasional.

“Bagaimanapun, berdasarkan perbincangan pagi ini dengan penganjur, mereka tetap mahu mengadakan perhimpunan itu pada 29 dan 30 Ogos… namun kami difahamkan mereka akan berada di sekitar Dataran Merdeka,” katanya.

Beliau berkata peserta perhimpunan juga tidak dibenarkan mengganggu perjalanan Konsert Sehati Sejiwa yang akan diadakan di Jalan Tuanku Abdul Rahman dari 28 hingga 30 Ogos ini.

Mhd Amin menegaskan sebarang bentuk struktur binaan seperti khemah tidak dibenarkan dan pihaknya akan mengambil tindakan sekiranya berlaku.

“Jika mereka didapati menceroboh kawasan Dataran (Merdeka), pihaknya akan bekerjasama dengan Polis untuk mengambil tindakan terhadap mereka,” katanya. – BERNAMA

Tags: Bersih 4.0DBKL
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Warga Asing Berniaga Sireh, Rokok Putih, Makanan, Buah Potong, Aksesori Tanpa Lesen

Warga Asing Berniaga Sireh, Rokok Putih, Makanan, Buah Potong, Aksesori Tanpa Lesen

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan tindakan khas terhadap penjaja warga asing yang menjalankan aktiviti perniagaan tanpa...

Lebih Banyak Program Boleh Dibanggakan Seperti Festival Rain Rave Akan Diadakan – Menteri

Lebih Banyak Program Boleh Dibanggakan Seperti Festival Rain Rave Akan Diadakan – Menteri

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Lebih banyak program seperti Festival Muzik Air Rain Rave 2026 yang boleh dibanggakan dan dinikmati bersama akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd