Saturday, July 27, 2024

Creating liberating content

Dua Pengganas Dikehendaki Maut...

DUA lelaki dipercayai pengganas yang diburu perkhidmatan keselamatan Arab Saudi terbunuh selepas sebuah...

KP Kesihatan Berkongsi Pengalaman...

KUALA LUMPUR (Bernama) -- "Kemunculan saya dan Menteri Kesihatan memecah kebuntuan rasa. Betapa...

ADUN BN Tolak Peruntukan...

SHAH ALAM - Semua 12 Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional Selangor...

Ramai Graduan Universiti Bersedia...

KUALA LUMPUR - Angkatan Muda Keadilan (AMK) membantah permohonan pihak industri supaya kerajaan...

Bersih 4.0: 12 Ditahan Polis Di Melaka

MELAKA – Polis Melaka menahan seramai 12 orang di negeri ini kerana didapati memakai kemeja-T kuning bercetak perkataan Bersih 4 yang dilarang mengikut Perintah Mesin Cetak dan Penerbitan (Kawalan Hasil Penerbitan Tidak Diingini) (No 22) 2015.

Ketua Polis Melaka Datuk Chuah Ghee Lye berkata seramai sembilan orang telah ditahan ketika menyertai perhimpunan Bersih 4 yang dihadiri kira-kira 100 orang di Dataran Pahlawan, Bandar Hilir di sini pada pukul 10.30 malam tadi.

Beliau berkata tiga orang pula ditahan dalam sekatan jalan raya yang dilakukan pihak polis di negeri ini pada petang semalam.

“Semua yang ditahan telah dibawa ke balai polis berhampiran dan dilepaskan dengan jaminan polis setelah diambil keterangan mereka,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Chuah berkata pihak polis akan meneruskan pemantauan terutamanya di kawasan tumpuan hari ini bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman orang ramai tidak terganggu.


Kementerian Dalam Negeri mengeluarkan arahan bertarikh 27 Ogos 2015 dan ditandatangani oleh Menterinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mengharamkan baju Bersih 4 atau penerbitan berkaitan dengan perhimpunan haram itu.

Pengharaman itu mula berkuat kuasa pada Jumaat lepas.

Sementara itu, tinjauan Bernama pagi ini di beberapa kawasan tumpuan antaranya di Bandar Hilir di sini mendapati orang ramai dan pelancong asing memenuhi kawasan itu seperti kebiasaan sempena cuti hujung minggu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori