• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bank & Agensi Berkaitan Digesa Bantu Usahawan Wanita

oleh Ahmad Albab
11/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Bank dan agensi berkaitan digesa membantu usahawan wanita mendapat pinjaman bagi memulakan perniagaan.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan berkata, usahawan wanita adalah bagus dalam membayar balik pinjaman sebagaimana terbukti dengan minimum pinjaman tidak berbayar (NPL) yang dilaporkan.

“Contohnya, 99 peratus daripada 366,631 pemohon pinjaman daripada pertubuhan mikrokredit, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) adalah wanita dan NPL hanya 1.4 peratus,” tambahnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada forum Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia, “Wanita Dalam Perniagaan: Membangun dan Mengukuhkan Keusahawanan Wanita’ yang diadakan di sini hari ini.

Ahmad berkata, AIM menawarkan pinjaman di antara RM2,000 hingga RM30,000 kepada peniaga wanita berskala kecil dan kerajaan berharap untuk melihat mereka berkembang menjadi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan mampu mengeksport produk dan perkhidmatan mereka.

“Sebagai timbalan menteri yang baharu di kementerian ini, saya akan memberi perhatian lebih kepada keusahawanan dan membangunkan budaya ini melalui pelbagai agensi kerajaan. Adalah menjadi harapan saya agar kita mampu melahirkan lebih ramai usahawan wanita, terutama Bumiputera,” tambahnya.

Beliau berkata, kerajaan berharap untuk mendaftar 25 peratus wanita PKS menjelang 2020 berbanding 19.7 peratus tahun ini.

Ketika ditanya mengenai keusahawanan wanita di peringkat ASEAN, Ahmad berkata, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia akan mewujudkan program khas untuk mereka.

“Ia akan dibincangkan lebih lanjut pada Mesyuarat Ekonomi ASEAN pada 21 Ogos depan.

“Kami mahu membantu usahawan wanita mengeksport produk mereka bukan sahaja di kalangan negara ASEAN, tetapi juga rantau lain. Ketika ini kita hanya ada kira-kira 100 syarikat seumpama itu yang berjaya,” tambahnya.

Sebelum itu dalam ucapannya, Ahmad berkata, pembabitan kaum wanita dalam tenaga kerja berkembang daripada 30.8 peratus semasa kemerdekaan Malaysia pada 1957 kepada 45.7 peratus ketika ini.

“Pada 2015, 163 program pembangunan PKS dijalankan pelbagai kementerian dan agensi dengan kos RM11.3 bilion.

“Malaysia telah lama mengalu-alukan pembabitan wanita dalam kegiatan ekonomi melalui pelbagai dasar bagi mencapai sasaran 30 peratus wanita pada peringkat membuat keputusan dalam sektor swasta menjelang 2016,” tambahnya. – BERNAMA

 

Tags: Ahmad Maslanusahawan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

TAK MALU!! Nak Tambah 1 Lagi, Tapi Rumah Kereta Bini Bayar!

Next Post

Kylie Jenner Dapat Ferrari Sempena Ulang Tahun Ke-18

Related Posts

Permohonan Maaf: Najib Berjiwa Besar – Ahmad Maslan

Permohonan Maaf: Najib Berjiwa Besar – Ahmad Maslan

26/10/2024
0

Pontian : Permohonan maaf secara terbuka bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membabitkan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dianggap...

Muhyiddin Guna Aset Kerajaan – Ahmad Maslan

Muhyiddin Guna Aset Kerajaan – Ahmad Maslan

05/10/2023
0

BENTONG : Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan yang terbabit dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan...

Next Post

Kylie Jenner Dapat Ferrari Sempena Ulang Tahun Ke-18

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd