Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Pembangunan Penting Untuk Bantu...

JOHOR BAHRU - Pembangunan berterusan di Bandar Seri Alam di Gerbang Pembangunan Timur...

Kebimbangan Koronavirus Terus Beri...

KUALA LUMPUR - Kebimbangan mengenai wabak koronavirus dan potensi impaknya kepada pertumbuhan dunia...

Salah Guna Parkir OKU,...

Petaling Jaya : Anggota polis trafik Kuala Lumpur disaman selepas meletakkan motosikal milik...

Video: Ramai Kecewa Dengan...

PUTRAJAYA - Aktiviti pembayaran diskaun kompaun saman yang diadakan pada Majlis Sambutan Hari...

Baju Jalur Gemilang Pembakar Semangat Hari Kebangsaan 2015

KUALA LUMPUR – Meskipun usianya baru 9 tahun, seorang kanak-kanak menzahirkan perasaan cinta kepada negara apabila dengan bangganya memakai baju Jalur Gemilang sempena Hari Kebangsaan 2015, di Dataran Merdeka.

Nordiana Dayana Azuan Hafiz, memberitahu baju yang ditempah khas oleh ibunya, Shahlizawati Rahman Shah, 35, merupakan hasrat beliau sendiri dan bukannya paksaan daripada keluarga.

Pakaian lengkap baju Jalur Gemilang termasuk baju dan seluar, menggunakan dua helai bendera bersaiz sederhana dengan corak bintang dan bulan ditonjolkan dengan gahnya di bahagian hadapan baju.

“Memang setiap tahun, saya dibawa keluarga ke Dataran Merdeka, tengok perarakan ini, tapi tahun ini saya terasa nak tunjuk lain dari yang lain.

“Memang ramai yang memandang, tapi saya bangga dapat pakai baju Jalur Gemilang,” katanya kepada Bernama, di sini, hari ini.

Nordiana Dayana berkata hari kebangsaan negara membawa erti yang mendalam kepadanya kerana ia bukan sahaja melambangkan hari kebebasan daripada penjajah tetapi keindahan masyarakat yang berbilang kaum hidup dengan aman dan damai.

Beliau berasa bangga apabila memakai baju Jalur Gemilang dan berazam untuk terus mengayakannya pada sambutan kemerdekaan negara tahun berikutnya, katanya.

Adiknya Mohd Danial Dani Azuan Hafiz, 6, juga turut memakai pakaian sama seperti beliau.


Sementara itu, bagi seorang pesara, Hassan Yang Asaari, 57, berasal dari Kuala Kangsar, Perak, pakaian Jalur Gemilang yang dibuat sendiri olehnya, adalah tanda terima kasih beliau kepada pejuang negara.

Beliau berkata baju yang dipakainya semenjak lima tahun lalu itu adalah inisiatif beliau sendiri dengan menggunakan 50 bendera yang ditampal di atas sehelai baju, untuk melengkapkan pakaian Jalur Gemilang tersebut, tanda cintanya kepada negara.

Hassan berkata setiap tahun beliau akan memastikan pakaian itu dalam keadaan bersih dan segak, dengan menampal kembali bendera-bendera yang tercabut.

“Ada kawan-kawan saya yang ketawakan idea saya, memakai baju yang diperbuat daripada bendera ini tetapi sedikit pun saya tidak malu malah perasaan bangga dan semangat yang tinggi timbul dalam diri,” katanya.

Biarpun puluhan ribu membanjiri Dataran Merdeka hari ini, namun mereka yang menonjolkan semangat kemerdekaan dengan ciri tersendiri mewarnakan lagi Hari Kebangsaan 2015.- BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori