• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ayam Telanjang, Berbulu Unik Ada Di Dunia

oleh
06/08/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAGI kebanyakan orang, ayam mungkin hanya merupakan haiwan sumber protein. Namun bagi sesetengah yang lain, binatang itu merupakan kehidupan eksotik yang patut dihargai sehingga bernilai ratusan ringgit.

Namun ayam disiarkan di bawah ini yang lazim jadi kegemaran ramai pencinta unggas di seluruh dunia kebiasaannya berasal daripada jenis yang unik dan jarang ditemui seperti gambar-gambar ayam berikut.

Ayam Telanjang

Ayam Telanjang. (Gambar: merdeka.com/ Voice of Russia)

Seperti yang dilaporkan Amusing Planet, ayam tanpa bulu adalah spesies kacukan yang dihasilkan oleh Avigdor Cahaner, seorang saintis Israel. Ayam telanjang adalah kacukan ayam ‘broiler’ dan ayam dengan leher tanpa bulu.

Idea di sebalik penghasilan ayam telanjang ialah ‘cipta’ ayam yang lebih sesuai untuk diternak di negara dengan iklim panas. Selain itu, ayam telanjang boleh meningkatkan tahap kecekapan di tempat-tempat penyembelihan.

Ini kerana ayam sebegini tidak memerlukan masa yang lama untuk dibuang bulunya. Malangnya ayam telanjang jantan sukar untuk ‘berkahwin’ kerana mereka tidak dapat mengepakkan sayap untuk kekalkan keseimbangan.

Ayam telanjang betina pula lebih mudah terdedah kepada parasit, penyakit kulit, serangan nyamuk, perubahan suhu dan selaran matahari kerana ia tidak mempunyai bulu yang juga berfungsi sebagai pelindung tubuh.

Ayam Silkie

Ayam Silkie. (Gambar: merdeka.com/ The Huffington Post)

Ayam-ayam ini kelihatan comel kan? Inilah ayam silkie yang terkenal kerana memiliki bulu-bulu pelepah yang lembut seperti anak kucing.

Portal Strange Animals melaporkan, ayam saiz kecil macam serama ini mempunyai tulang, paruh dan kulit hitam. Namun bulunya boleh berwarna-warni.

Ayam silkie biasanya dijadikan haiwan peliharaan kerana penampilan haiwan tersebut dan lazim diternak hanyak untuk mendapatkan telur sebab mampu menghasilkan 100 biji setahun.

Ayam Onagadori

Ayam Onagadori. (Gambar: merdeka.com/ turtletimes.com)

Ayam jenis ini mempunyai keistimewaan berupa ekor yang sangat panjang sekali gus menjadikan keseluruhan penampilannya sangat eksotik.

Strange Animals melaporkan, ayam ini berasal dari wilayah Kochi di Jepun. Panjang ekor ayam ini boleh mencapai 8 meter, jika dipelihara dengan amat baik.

Ayam Cemani 

Ayam Cemani. (Gambar: merdeka.com/ Amusing Planet)

Ayam asli Indonesia ini terkenal kerana seluruh bahagian tubuhnya berwarna hitam. Tidak hanya bulu dan kulitnya yang hitam, mata, organ dan tulangnya juga berwarna hitam.

Bahkan darah ayam cemani berwarna sangat gelap, tidak seperti ayam lain secara umumnya.

Ayam Dong Tao

Ayam Dong Tao. (Gambar: merdeka.com/ Hungyen/Exclusivepxmedia)

Ayam-ayam yang kelihatan agak mengerikan ini merupakan ayam jenis Dong Tao. Ia berasal dari daerah Khoai Chau, dekat bandar Hanoi di Vietnam.

Ayam jenis ini tergolong sebagai jenis yang jarang ditemui. Sebelum ini, ia hanya diternak khusus untuk keperluan dan penggunaan keluarga pemerintah.

Namun sekarang, ia disajikan di restoran-restoran mewah. Seekor ayam Dong Tao hidup boleh berharga sehingga RM4,400. Ayam ini memang mempunyai badan yang besar dan sihat, dengan cakar serupa kaki naga berwarna merah. Amusing Planet melaporkan, seekor ayam Dong Tao jantan saja boleh mencapai berat sehingga 6 kilogram.

Namun yang membuat ayam ini sangat mahal ialah kesukaran untuk menternaknya. Ayam Dong Tao sangat sensitif terhadap perubahan cuaca. Jumlah telur yang dihasilkan ayam Dong Tao betina pula jauh lebih sedikit berbanding ayam biasa. Dan kaki ayam Dong Tao yang sangat besar menjadikan proses pengeraman, agak sulit dan harus dibantu oleh manusia. – Agensi/Mynewshub/HAA

Tags: ayamhaiwan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Saudi Tahan Imam Mahdi Indonesia Amal Syirik

Next Post

Jam Pintar Pertama Untuk Golongan OKU Penglihatan

Related Posts

‘Harga Ayam Di Sabah Cecah RM16.50 Sekilogram’ – Bung Moktar

‘Harga Ayam Di Sabah Cecah RM16.50 Sekilogram’ – Bung Moktar

18/01/2025
0

KOTA KINABALU - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag, Datuk Seri Bung Moktar Radin meminta kerajaan Sabah mengambil langkah serius...

RM393.8 Bilion Untuk Belanjawan 2024

Peluru Zionis Turut Sasarkan Haiwan

13/10/2023
0

PETALING JAYA – Bukan hanya manusia, haiwan pun turut menjadi korban kekejaman Israel. Wow….pizza cuma RM11?…..nak tahu lanjut..klik sini….. Dalam satu...

Next Post

Jam Pintar Pertama Untuk Golongan OKU Penglihatan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd