KUALA LUMPUR – Entah hendak dikatakan memang bodoh atau lawak, namun inilah kenyataan paling aneh dalam sejarah Malaysia ketika pembangkang mendakwa konon mahukan proses pilihan raya yang telus.
Mereka sendiri pun sebaliknya tidak percaya pada konsep pilihan raya, tetapi boleh pula hipokrit dengan bangga mengiktiraf kemenangan pakatan (yang sudah pun berkubur!) di Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan.
Buktinya pembangkang sedia menggulingkan kerajaan yang sah dipilih secara demokrasi dengan apa cara sekali pun termasuk menganjurkan perhimpunan haram jalanan kononnya majoriti rakyat menyokong mereka.
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, malah mengisytiharkan sambutan kemerdekaan malam 30 Ogos ini adalah hari terakhir pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) di Malaysia.
Anwar yang sedang merengkok dalam penjara kerana kesalahan meliwat melalui satu ‘perutusan’ turut mendakwa hari tersebut adalah pengakhiran ke atas kezaliman serta penindasan yang dilakukan kerajaan terhadap rakyat.
Baca: Lim Kit Siang Lupa Pernah Hentam Anwar Menteri Kewangan ‘Bodoh’
“Gegaran Merdeka menandakan berakhirnya pemerintahan penjajahan curang kerana penindasan dan kezaliman,” tegasnya dalam perutusan yang disebarkan oleh Biro Komunikasi PKR pada Khamis.
“Merdeka ini juga bakal mengusung gagasan besar dan keyakinan baharu menegak keadilan dan negara hukum serta memacu pertumbuhan dengan jaminan pengagihan saksama,” tambah yakin beliau lagi.
Anwar mendakwa, sambutan kemerdekaan pada 31 Ogos ini kononnya bakal membebaskan kehidupan rakyat yang sedang melarat dan sekatan ke atas hak kebebasan mereka oleh pihak kerajaan.
Untuk rekod, beliau sebelum ini pernah ‘memperbodohkan’ satu dunia yang habis percaya dakyah propaganda dibuatnya bahawa BN di bawah perdana menteri waktu itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi akan tumbang pada 16 September 2008 lalu.
Malangnya hingga ke tarikh ‘keramat’ tersebut, tiada apa-apa perubahan berlaku dan ketika itu ada ada jenaka tersebar luas mengatakan Anwar sudah ‘angkat sumpah’ jawatan Perdana Menteri di hadapan potret Yang di Pertuan Agong!  – mynewshub.cc