• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 2, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anonymous Malaysia Ancam Bom KL Berjaya Ditangkap!

oleh AK-47
28/01/2016
dalam Hangat, Jenayah
0
Share on FacebookShare on Twitter

TERTUMPAS sudah tiga individu yang dikenali sebagai Anonymous Malaysia yang dipercayai terbabit dalam memuat naik klip video provokasi menerusi laman Youtube bertajuk ‘We Will Blast Malaysia‘.

Lebih menarik penangkapan mereka dilakukan dalam beberapa serbuan di Johor Bahru, lewat Jumaat tidak sampai 24 jam video tersebut disebarkan di media sosial sempena perhimpunan haram Bersih 4.0.

Menurut laporan portal Agenda Daily, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim mengesahkan penahanan berkenaan berkata, semua mereka berusia 18 hingga 21 tahun.

Suspek diberkas hasil risikan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman selepas mereka mengancam untuk menggodam sistem komputer dan laman web agensi kerajaan Malaysia pada lewat Khamis.

Dalam serbuan mengejut itu, pihak polis turut merampas beberapa barangan peribadi milik individu terbabit untuk siasatan lebih lanjut.

Semua mereka kini ditahan mengikut Seksyen 5 Akta Jenayah Komputer 1997 dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih tujuh tahun atau kedua-duanya.

Difahamkan, semua mereka yang dipercayai pelajar memuat naik video berdurasi satu minit 28 saat itu menggunakan nama Anonymous Malaysia.

Ia memaparkan insiden letupan bom di kuil Erawan di Bangkok, Thailand baru-baru ini dan mendakwa akan membuat tindakan sama di Malaysia pula ketika berlangsungnya Bersih 4.0.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, PDRM memandang serius perkara itu kerana ia berupa ancaman kepada negara dan orang ramai.

“Kami tidak akan berkompromi dengan segala bentuk ancaman yang dilakukan pihak tertentu untuk menggugat keselamatan dan ketenteraman negara ini.

“Ia satu ancaman yang kita tidak pernah pandang remeh dan akan bertindak serta mengenal pasti pihak berkenaan.

Kami sedang siasat ancaman itu dan pihak yang melakukan ancaman. Kita sudah melakukannya,” katanya.

Pada masa sama, Khalid mengecam tindakan individu tertentu termasuk pengamal undang-undang yang mendakwa bahawa menyertai perhimpunan yang tiada kebenaran pihak berkuasa adalah hak rakyat.-Mynewshub.cc

Tags: keselamatanpenggodam
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Penganjur, Peserta Bersih 4 Miskin Semangat Patriotik – Najib

Next Post

Bersatu Kekalkan Keamanan, Tolak Perhimpunan Haram Bersih 4

Related Posts

Pasang CCTV Atas Kepala Demi Keselamatan Anak Gadis

Pasang CCTV Atas Kepala Demi Keselamatan Anak Gadis

16/09/2024
0

ISLAMABAD - Demi menjaga keselamatan anak gadisnya, seorang bapa menggunakan kaedah 'istimewa' yang tular di media sosial. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB...

Taiwan Bincang Dana Ketenteraan Baharu Dengan AS

Mindef Sedia Hantar ATM Ke Timur Tengah Bantu Urus Keselamatan Pelajar Malaysia

21/04/2024
0

KOTA BHARU - Kementerian Pertahanan (MINDEF) bersedia menghantar Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke Timur Tengah untuk membantu menguruskan keselamatan para...

Next Post

Bersatu Kekalkan Keamanan, Tolak Perhimpunan Haram Bersih 4

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd