BANGKOK – Beberapa warga asing adalah antara 27 orang yang terbunuh apabila bom yang dipasang di sebuah motosikal meletup di luar sebuah kuil terkenal di ibu negara Thailand, menurut media.

Laporan akhbar tempatan, The Nation berkata seramai 27 maut dalam letupan berhampiran kuil dewa Hindu Erawan itu, dan media lain berkata sekurang-kurangnya tiga warga asing adalah mangsa yang terkorban.
Turut dilaporkan bahawa setakat ini seramai 81 mangsa mengalami kecederaan dan sedang dirawat di 14 buah hospital dengan mangsa paling ramai dirawat di Hospital Chulalongkorn (28 orang).
Kebanyakan pelancong yang cedera adalah dari China dan Taiwan, menurut laporan media. – Reuters
https://youtu.be/Yn6p1HHxN7c