Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Pakai Skirt Pendek, Wanita...

SEORANG wanita yang dikesan memakai skirt pendek dan baju singkat menampakkan perut di...

Bayi Lelaki Empat Bulan...

MELAKA – Seorang bayi lelaki berusia empat bulan meninggal dunia akibat dipercayai tersedak...

Kilang Pemprosesan Bebola Ikan...

ALOR SETAR - Sebuah kilang pemprosesan bebola ikan di Jalan Gangsa, Mergong di...

6 Negeri Bersetuju Naikkan...

KUALA LUMPUR - Enam negeri bersetuju menaikkan kadar tarif air, selaras dengan usaha...

Anggota APMM Ditemui Lemas Di Mersing

JOHOR BAHRU – Seorang anggota bot ronda Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Dua ditemui mati lemas setelah tergelincir dan terjatuh di Jeti Limbungan Prospect, Tanjung Gemok, dekat Mersing, hari ini.

Kejadian berlaku kira-kira 10.30 pagi itu apabila mangsa, Lans Koperal Mohd Hazri Mohd Mohktar, 40, dikatakan hendak melakukan kerja-kerja mengecat bot ronda di limbungan berkenaan.

Ketua Penguat kuasa Maritim Pangkalan Maritim Mersing, Leftenan Komander Maritim Amiludin Yenggah berkata, mangsa kemudian tiba-tiba terjatuh dan terhentak kepalanya, sebelum dilaporkan hilang di permukaan air limbungan berkenaan.

“Operasi mencari dan menyelamat mangsa yang melibatkan keanggotan Jabatan Bomba dan Penyelamat daerah Rompin, dilancar di Sungai Endau sebaik menerima panggilan kecemasan dari Pusat Operasi Maritim Wilayah Selatan,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.


Kata Amiludin, mayat mangsa hanya ditemui kira 11.52 pagi oleh orang awam yang berada di kawasan jeti berkenaan sebelum dibawa ke Hospital Mersing untuk bedah siasat.

Allahyarham yang bertugas di Pangkalan Polis Marin Tampoi, di sini meninggalkan seorang isteri. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori