DI pasaran, terdapat begitu banyak jenama jam tangan pintar dengan pelbagai kualiti.
Daripada kualiti premium seperti Apple Watch, sehinggalah kepada produk cetak rompak seperti Zeaplus Watch buatan China.
Asli ataupun tidak, kesemuanya mempunyai fungsi biasa iaitu memberitahu waktu, mengesan nadi dan tahap kecerdasan pengguna.
Kini ada sebuah jam tangan pintar yang mendakwa akan membuatkan anda lebih mudah memikat pasangan.
The Dating Skills ialah jam tangan yang apabila dipakai akan membuatkan anda menjadi manusia yang sangat menarik.
Apa yang unik ialah kesemua ini dilakukan dengan penggunaan teknologi hipnosis
Sebagai contoh The Dating Skills mengeluarkan bunyi pada frekuensi 20Hz yang tidak didengari manusia tetapi akan mendatangkan kesan kepada otak.
Menurut pereka lagi audio subliminal di bawah sedar ini akan membuatkan anda lebih yakin dan berani untuk bertemu wanita sekiranya anda lelaki.
Jam dengan kapasiti 32 Gigabyte ini turut mempunyai pangkalan data pick up line yang terbaik untuk memulakan langkah menggoda wanita yang anda minati.
Antara spesifikasi lain jam tangan pintar ini ialah kamera terbina, menyokong radio FM, ketahanan bateri sehingga 7 hari dan paparan grafik comel seperti kucing untuk memudahkan lagi anda mengorat.
Projek The Dating Skill ini sedang mencari dana di laman Indiegogo.
Anda boleh memiliki projek jam pintar untuk memikat pasangan pertama di dunia ini dengan harga USD149 (RM630).
Sungguhpun mempunyai pelbagai fungsi yang agak pelik dan boleh dikatakan menarik, projek ini masih belum disokong oleh sesiapanpun. – MYNEWSHUB.CC
Oleh: hzq
Sumber: Indiegogo