Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Zizan Razak Dedah Bakal...

DI sebalik pelbagai kontroversi yang dikaitkan dengannya, pelakon dan pelawak popular Zizan Razak...

Korea Utara Lepaskan Empat...

SEOUL: Korea Utara melepaskan empat peluru berpandu balistik ke Laut Barat ketika Washington...

Teks Perjanjian TPPA Akan...

KUALA LUMPUR - Teks perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) akan dihebahkan kepada umum dalam...

PM Ucap Takziah Kepada...

"Ternyata Allahyarham adik Aming merupakan seorang anak yang sangat baik dan bijaksana. Sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah untuk Allahyarham adik Aming yang kita sayangi," katanya menerusi hantaran itu.Muhammad Aming, 8, sebelum ini tular dengan perkongsian video berbentuk nasihat di Facebook, yang disifatkan sebagai comel serta kepetahannya menyampaikan nasihat secara bersahaja dalam loghat Sabah.Antara video yang mendapat perhatian adalah tentang pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ketika negara berhadapan pandemik Covid-19.

AirAsia Tetap Teruskan Operasi Di Terminal 2 KKIA

KUALA LUMPUR – AirAsia Bhd tetap dengan keputusannya untuk tidak berpindah ke Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) biarpun adanya arahan Kementerian Pengangkutan agar berbuat demikian, kata Ketua Pegawai Operasi (CEO) Kumpulannya, Tan Sri Tony Fernandes.

Beliau memberi alasan, tindakan berpindah ke Terminal 1 daripada Terminal 2 akan hanya mewujudkan kesesakan manakala kenaikan cukai lapangan terbang sebanyak RM35 pula boleh menjejaskan industri pelancongan Sabah.

“Kami tahu tugas kami dalam perniagaan penerbangan ini. Kami juga telah menegaskan kepada Kementerian Pengangkutan bahawa kami tidak akan berpindah ke Terminal 1 kerana (tindakan itu) tidak masuk akal.

“Sehubungan itu, kami akan terus kekal (beroperasi) di Terminal 2 KKIA,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mengumumkan pelantikan duta global baharu syarikat itu di sini, Rabu.

Semalam, Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi menegaskan semua syarikat penerbangan, termasuk AirAsia perlu berpindah ke Terminal 1 KKIA dalam masa terdekat dalam usaha menampung lebih ramai penumpang dari dalam serta luar negara.

Malah, semua syarikat penerbangan termasuk AirAsia Bhd telah diarah berpindah ke Terminal 1 pada 1 Ogos lepas.

Fernandes berkata, jika lapangan terbang mengenakan cukai lebih tinggi, ia boleh menjejaskan industri penerbangan tempatan berikutan persaingan sengit di rantau ini.


“Kami telah melakukan tugas yang cemerlang, (oleh itu) sokonglah kami.

“Lapangan terbang di Terminal 2 itu juga belum dinaiktaraf, penyenggaraan juga teruk dan penghawa dingin tidak berfungsi. Kami seolah-olah dipaksa untuk berpindah,” katanya.

Menurut Fernandes, pengendali lapangan terbang tempatan iaitu Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) sewajarnya bekerjasama dengan syarikat penerbangan itu untuk mewujudkan lebih banyak pekerjaan sepertimana dilakukan pihak lapangan terbang dan Menteri Pengangkutan di Indonesia, Thailand, Filipina dan Singapura.

“Kami bukannya mahu bergaduh. Nilai ringgit terus menyusut. Bukankah lebih wajar bagi MAHB dan AirAsia untuk duduk berbincang dan mengenal pasti cara memantapkan aspek pelancongan, menawarkan lebih banyak pekerjaan, meningkatkan bilangan pelancong ke Sabah dan menjadikan Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) sebuah hab sepertimana Dubai?” katanya.

Beliau turut menyifatkan penyusutan nilai ringgit turut membantu syarikat penerbangan tambang rendah itu menarik lebih ramai pelancong asing ke Malaysia.

“Sebenarnya, jualan amat kukuh. Penerbangan keluar tempatan juga amat kukuh pada masa ini,” katanya. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori