• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Afif Sasar Keputusan Lebih Baik Di Thailand

oleh Ahmad Albab
21/08/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

AHMAD Afif Amran akui masih belum dapat menguasai sepenuhnya jentera SuperSports 600cc namun optimis untuk memberikan aksi terbaik menjelang perlumbaan pusingan keempat Kejuaraan Motosikal Asia FIM yang akan berlangsung di Litar Antarabangsa Chang, Buruiram, Thailand pada 28 hingga 30 Ogos ini.

Pelumba PETRONAS Hong Leong Yamaha itu masih mempunyai beberapa kelemahan terutama berkaitan sistem suspensi dan kawalan jentera untuk lebih menyesuaikan diri bersama jentera YZF-R6 yang mencecah kelajuan sehingga 260 kilometer sejam itu.

Malah, kehadiran pelumba-pelumba kelas dunia seperti Yuki Takahashi, Tomoyoshi Koyama, Noriyuki Haga, Mark Aitchison dan ramai lagi di dalam kelas SuperSports 600cc turut menjadikan saingan kini semakin mencabar dan amat sukar bagi pelumba-pelumba baharu seperti dirinya untuk menempatkan diri di kelompok hadapan.

Setakat ini pelumba Malaysia itu hanya memungut dua mata kejuaraan sewaktu menduduki tempat ke-15 di Indonesia dan Jepun untuk meletakkannya di kedudukan ke-27 keseluruhan.

“Saya masih belum dapat memaksimumkan keupayaan dan kelajuan jentera SuperSports 600cc ini terutama ketika membrek dan memasuki selekoh. Saya memerlukan sedikit masa untuk serasi dengan perbezaan kelajuan yang sangat ketara diantara jentera ini dan juga jentera underbone termasuk dari segi suspensi dan juga bagaimana untuk masuk ke selekoh dengan kelajuan yang lebih tinggi,” jelas Afif.

Tambahnya, “Secara keseluruhan, jika dibandingkan dari segi catatan masa, saya telah menunjukkan kemajuan dan peningkatan namun ia masih belum cukup untuk dibandingkan dengan kumpulan pelumba di hadapan yang selalunya mencatat satu atau dua saat lebih baik berbanding pelumba-pelumba baru. Sebenarnya dari satu sudut, banyak yang dapat kami pelajari dari pelumba-pelumba yang pantas ini namun jika kami tidak mampu mendekatkan jurang perbezaan ini, kami akan ketinggalan. Bukan mudah untuk melakukan apa yang dilakukan oleh pelumba-pelumba di hadapan, kami memerlukan lebih pengalaman dan masa.

“Dengan erti kata lain, saya perlu bekerja lebih keras dan perlu meluangkan lebih banyak masa dengan jentera supaya saya dapat memahami karakter jentera SuperSports ini dengan sepenuhnya. Malah saya juga perlu mengubah gaya, kedudukan badan, brek dan juga mengawal kelajuan dengan betul. Jika saya dapat memperbaiki kelemahan-kelemahan ini, saya rasa tidak mustahil mampu merapatkan jurang masa dan memperoleh kedudukan lebih baik. Saya harap saingan di Thailand minggu ini mampu memperoleh sesuatu yang lebih positif.”

Selepas tiga pusingan, pelumba T. Pro Yuzy Honda NTS, Tomoyoshi Koyama mendahului kedudukan dengan 81 mata diikuti Yuki Takahashi (Musashi Boon Siew Honda) dan Yuki Ito (PETRONAS Hong Leong Yamaha) di kedudukan kedua dan ketiga, masing-masing dengan 77 mata dan 67 mata. – MYNEWSHUB.CC

Tags: MotoGP
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penganjuran MotoGP Lebih Murah Berbanding F1, Formula E

Penganjuran MotoGP Lebih Murah Berbanding F1, Formula E

21/03/2024
0

KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan memaklumkan penganjuran Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) lebih murah dibandingkan dengan Formula Satu (F1) dan...

Bagnaia Sambar Petak Utama, Lebur Rekod Sepusingan Terpantas

Bagnaia Sambar Petak Utama, Lebur Rekod Sepusingan Terpantas

11/11/2023
0

SEPANG: Juara bertahan MotoGP dari pasukan Ducati Lenovo Team, Francesco Bagnaia menyambar petak utama perlumbaan Grand Prix (GP) Malaysia 2023...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd