• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ADUN Lenggeng Sudah Bayar Hutang RM1.6 Juta Kepada Misran

oleh Ahmad Albab
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Mahkamah Tinggi di sini Selasa menangguhkan kes muflis melibatkan Anggota Dewan Undangan Negeri Lenggeng Datuk Ishak Ismail ke 15 Sept.

Hakim Datuk Kamaludin Md Said menetapkan tarikh itu di dalam kamar bagi memberi peluang kepada Ishak untuk berbincang dengan pemiutang Datuk Misran Sukadi bagi penyelesaian kes di luar mahkamah.

Sementara itu, peguam mewakili Misran, Francis Peter memberitahu pemberita di luar mahkamah, Ishak sudah menjelaskan RM1.6 juta daripada RM2 juta pinjamannya kepada anak guamnya.

Jumlah itu termasuk RM300,000 yang dibayar oleh Ishak hari ini, katanya.

Peter berkata ADUN itu sepatutnya membayar RM700,000 pada hari ini tetapi dia hanya mampu membayar RM300,000.

Susulan itu, katanya mahkamah menetapkan 15 Sept ini untuk Ishak membayar baki hutang itu.

Sebelum ini, mahkamah sama membenarkan penangguhan pelaksanaan perintah muflis terhadap Ishak, 64, yang diisytiharkan muflis oleh Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah pada 18 Mac lalu setelah dia gagal membayar pinjaman RM2 juta kepada Misran. – BERNAMA

Tags: adunmuflis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Fadhli Shaari Bangkit Hubungan ADUN, Zetrix AI Dengan Syarikat Pembangun Aplikasi TuJu

Fadhli Shaari Bangkit Hubungan ADUN, Zetrix AI Dengan Syarikat Pembangun Aplikasi TuJu

22/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan PAS Pusat, Ahmad Fadhli Shaari membangkitkan hubungan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dengan syarikat...

ADUN DAP Pulau Tikus Kata Beliau Bantu Melestarikan Syiar Islam

ADUN DAP Pulau Tikus Kata Beliau Bantu Melestarikan Syiar Islam

09/08/2026
0

GEORGE TOWN - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Pulau Tikus, Joshua Woo Sze Zeng mendakwa beliau membantu melestarikan syiar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd