• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

8 Mangsa Gigitan Anjing Bebas Jangkitan Rabies

oleh Ahmad Albab
29/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Lapan mangsa gigitan empat ekor anjing di Perlis baru-baru ini dilaporkan dalam keadaan sihat walaupun dua anjing berkenaan disahkan membawa penyakit rabies.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata kesemua mangsa telah diberi rawatan pesakit luar, dan mereka yang mempunyai luka atau kesan gigitan telah diberikan vaksin rabies.

Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perlis juga telah meningkatkan beberapa kawalan pencegahan termasuk membuka Bilik Gerakan Kawalan dan Pencegahan Rabies sejak Sabtu lepas.

Mereka juga mengeluarkan peringatan berjaga-jaga kepada pengamal perubatan di negeri itu mengenai pengesanan anjing yang dikesan mempunyai jangkitan rabies, katanya dalam satu kenyataan di sini Jumaat.

“Pada masa sama, JKN Perlis telah menyediakan simpanan stok vaksin rabies dan meningkatkan promosi langkah-langkah pencegahan kepada penduduk berkaitan peyakit itu,” katanya.

Noor Hisham berkata penduduk yang tinggal di kawasan sempadan kira-kira 30 kilometer dari negara Thailand seperti di Perlis, Kedah, Perak dan Kelantan dinasihati mengambil langkah-langkah pencegahan daripada digigit anjing atau haiwan liar.

Rabies adalah sejenis penyakit disebabkan jangkitan Lyssavirus melalui luka gigitan atau luka terbuka pada kulit daripada air liur, cairan atau tisu tubuh haiwan seperti anjing, katanya.

Individu yang dijangkiti rabies akan mengalami simptom seperti demam, sakit badan dan kepala, lumpuh dan koma, katanya. – BERNAMA

 

Tags: anjingKKM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

22/05/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Isu penggunaan kad pemantauan kesihatan dalam bahasa Cina oleh fasiliti di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia...

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) mempertahankan penggunaan Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi dalam bahasa Cina di klinik kerajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd