• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

60,000 Penduduk Dun Semenyih Masih Berdepan Masalah Air

oleh Ahmad Albab
17/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Kira-kira 60,000 pengguna di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih menderita masalah kekurangan bekalan air bersih susulan apa yang didakwa ekoran kegagalan kerajaan Selangor menyediakan pelan tindakan jangka pendek untuk mengatasinya.

Anggota DUN berkenaan Datuk Johan Abdul Aziz (BN-Semenyih) berkata perkara itu telah beberapa kali dibangkitkan dalam persidangan DUN namun sehingga kini kerajaan Selangor masih gagal memberi sebarang jawapan konkrit.

Bercakap kepada pemberita di lobi DUN di sini hari ini, beliau berkata: “DUN Semenyih saya kira kawasan paling kritikal hadapi ketiadaan bekalan air.

“Bila saya cuba dapatkan penjelasan (dalam sidang DUN) saya tidak dapat satu pun jawapan konkrit mengenai pelan jangka pendek walaupun Menteri Besar (Mohamed Azmin Ali) beritahu Pelan Mitigasi Air 2 akan dilaksanakan September ini, itupun belum final lagi,” katanya.

Mengulas masalah yang dihadapi penduduk, Johan berkata: “Ada kawasan yang alami isu paip pecah sebanyak 14 kali dan penduduk sentiasa resah sebab masalah ketiadaan air. Ada kawasan perumahan pula sehingga sembilan hari tiada air. Tak guna beri air percuma jika tiada air.”

Menurut Johan, walaupun sebelum ini memorandum telah dikemukakan kepada kerajaan negeri namun masih tiada tindakan sewajarnya diambil dalam memastikan bekalan air bersih tanpa gangguan diterima semula pengguna di kawasan berkenaan.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan supaya satu jawatankuasa khas ditubuhkan bagi menyelesaikan masalah itu yang telah berlarutan sejak sekian lama.

“Ini pandangan saya kepada kerajaan negeri untuk menyelesaikan masalah yang berpanjangan ini. Ini masalah serius dan rancangan jangka pendek perlu ada untuk kerajaan negeri atasi masalah ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: bekalan airKerajaan Selangor
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bung Mokhtar Kesal Namanya Dikaitkan Mahu Guling Kerajaan

Next Post

Polis Dedah Taktik Terbaru Jual Dadah Guna Imej Penyanyi K-Pop

Related Posts

Perak Setuju Bekal Air Kepada Pulau Pinang – PM

Perak Setuju Bekal Air Kepada Pulau Pinang – PM

05/05/2024
0

GEORGETOWN: Kerajaan Perak bersetuju membekalkan air kepada Pulau Pinang melalui Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian ke Seberang Perai. IKUTI CHANNEL...

Sanusi Diarah Bayar RM120,000 Kepada Mahfuz

Bekalan Air Di Manjung, Perak Tengah Pulih 50 Peratus Esok

03/04/2023
0

PARIT: Bekalan air bagi 79,360 akaun pengguna di daerah Perak Tengah dan Manjung bakal pulih 50 peratus menjelang esok. Ikuti...

Next Post

Polis Dedah Taktik Terbaru Jual Dadah Guna Imej Penyanyi K-Pop

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd